Home bajet2022 Bajet 2023: e-invoce, TIN bantu tingkat kutipan cukai

Bajet 2023: e-invoce, TIN bantu tingkat kutipan cukai

0
Bajet 2023: e-invoce, TIN bantu tingkat kutipan cukai
Kerajaan sedang melaksanakan e-invoce dan TIN bagi meningkatkan hasil kutipan cukai. – Foto 123RF

KUALA LUMPUR – Bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai, kerajaan sedang melaksanakan dua insiatif iaitu e-invoce dan tax indentification number (TIN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, e-invoce yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berperingkat pada tahun 2023 dengan pembangunan projek rintis bersama pembayar cukai terpilih.

“Kedua, tax indentification number telah dilaksana bagi memperluas asas cukai melalui 2023 individu warganegara dan pemastautin tetap yang mencapai umur 18 tahun akan diberikan TIN secara automatik dan pengguna TIN ini diwajibkan bagi semua penyeteman dokumen dan surat cara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Tambahnya, ia bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai di samping terus kompetitif dalam usaha menarik pelaburan langsung asing.

“Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global seperti yang disarankan di bawah Pillar 2 Pelan Tindakan BEPS 1 dan bercadang melaksanakan Qualified Domestic Minimum Top-up Tax setelah kajian lanjut dibuat dan disasarkan pada tahun 2024,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here