Home bajet2022 Tak perlu bimbang cukai pada syarikat jana pendapatan tinggi: KPMG

Tak perlu bimbang cukai pada syarikat jana pendapatan tinggi: KPMG

0
Tak perlu bimbang cukai pada syarikat jana pendapatan tinggi: KPMG

KUALA LUMPUR – Cukai sekali (one-off) terhadap keuntungan luar biasa untuk Tahun Taksiran 2022 tidak seharusnya menyebabkan perubahan ketara kepada pelabur dan perniagaan, kata Ketua Cukai Ketua Pencukaian KPMG bagi Malaysia, Tai Lai Kok.

“Ia penting bagi kerajaan untuk berpegang kepada apa yang diumumkan bahawa ia benar-benar cukai sekali sahaja dalam keadaan mencabar ketika ini,” katanya.

Cukai Makmur adalah bagi syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

“Ramai yang membuat spekulasi bahawa cukai keuntungan luar biasa akan dikenakan terhadap sektor tertentu yang telah memperoleh pendapatan tinggi baru-baru ini akibat pandemik Covid-19,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Cukai Makmur dan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada Jumaat

Cukai sekali yang diumumkan itu tidak disasarkan kepada mana-mana sektor tertentu sebaliknya ia dikenakan kepada syarikat bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi RM100 juta.

RM100 juta pertama masih akan dikenakan cukai pada kadar cukai standard sebanyak 24 peratus, sebarang jumlah lebihan akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus.

“Penetapan nilai ambang untuk cukai ini adalah tinggi, sebagai contoh – RM100 juta dalam pendapatan bercukai. Tidak mungkin ia menjejaskan banyak syarikat di Malaysia dan ia akan disambut baik oleh orang ramai,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here