Home bajet2022 Skim Penjaja Muda: RM305 juta pinjaman khusus untuk belia

Skim Penjaja Muda: RM305 juta pinjaman khusus untuk belia

0
Skim Penjaja Muda: RM305 juta pinjaman khusus untuk belia
Tengku Zafrul ketika pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan sejumlah RM305 juta sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kemudahan pinjaman khusus untuk belia tersebut melibatkan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.

“Antaranya Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana RM50 juta akan menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan trak makanan,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here