Home bajet2022 RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang

RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang

0
RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dilaksanakan sejak puluhan tahun untuk rakyat berpendapatan rendah kini terarah kepada usaha memastikan suasana PPR yang lebih manusiawi dengan kemudahan yang memanfaatkan komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata justeru, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan diperuntukkan RM50 juta bagi memastikan keadaan yang selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang telah usang.

“Pembaikan lif ditingkatkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500,000. Sebanyak RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha badan bukan kerajaan mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM30 juta disediakan untuk mempergiat aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.

“Kerajaan juga akan menyediakan capaian Internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat,” katanya. – Bernama