Home bajet2022 Pembaharuan TVET graduan bakal terima gaji lebih RM2,000

Pembaharuan TVET graduan bakal terima gaji lebih RM2,000

0
Pembaharuan TVET graduan bakal terima gaji lebih RM2,000

Data menunjukkan 90 peratus graduan TVET memperoleh pekerjaan tetapi mereka hanya meraih gaji yang rendah dengan sekitar RM2,000 sebulan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan bagi memastikan 90 peratus graduan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerima gaji lebih RM2,000 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berdasarkan data menunjukkan 90 peratus graduan TVET memperoleh pekerjaan tetapi mereka hanya meraih gaji yang rendah dengan sekitar RM2,000 sebulan.

“Walhal kerajaan berbelanja sehingga RM6.7 bilion ringgit untuk TVET. Ini tidak boleh diterima dan pembaharuan perlu dilaksanakan agar 90 peratus graduan TVET menerima gaji lebih RM2,00

“Suatu kebijakan yang harus dicontohi ialah kerjasama kerajaan Pulau Pinang dengan pemain industri elektrikal dan elektronik yang berjaya menyediakan pekerjaan kepada graduan TVET dengan gaji bermaruah.

“Syarikat seperti Intel, Motorola dan Inari telah memanfaatkan ‘Penang Skills Development Centre’ menganjurkan program latihan berdasarkan keperluan mereka,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Justeru, Anwar berkata, kerajaan berhasrat untuk mencontohi model tersebut secara rintis melibatkan institusi TVET Persekutuan dengan sasaran 50 buah syarikat terutamanya daripada kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

AKAN MENYUSUL