Home bajet2022 Mohd Radzi Md Jidin bersyukur permohonan KPM diluluskan

Mohd Radzi Md Jidin bersyukur permohonan KPM diluluskan

Mohd Radzi Md Jidin bersyukur permohonan KPM diluluskan
Mohd Radzi

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Persekutuan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menzahirkan rasa syukur selepas permohonan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam Bajet 2023 diluluskan.

Menurutnya, kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diluluskan daripada RM2.50 ke RM3.50 di Semenanjung dan RM3 sehingga RM4 pula di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada 813,393 murid penerima RMT,” katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata, penambahbaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 dalam Bajet 2023 tanpa mengira pendapatan ibu bapa memanfaatkan lebih 5 juta murid.

“Ia melibatkan peruntukan RM825 juta berbanding RM450 juta pada tahun 2022,” katanya.

Mohd Radzi berkata, KPM akan terus berikhtiar untuk menambah baik infrastruktur pendidikan melalui peruntukan sejumlah RM1.1 bilion bagi penyenggaraan dan membaik pulih sekolah.

“Peningkatan RM250 juta berbanding RM850 juta pada 2022 membolehkan KPM menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk seluruh warga sekolah,” katanya.

Ujar beliau, KPM juga turut menerima peruntukan sejumlah RM1.2 bilion bagi menambah baik bangunan daif di sekolah seluruh negara.

“Sewaktu mula menjejak kaki di KPM, saya bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, pengumuman pembinaan sebuah sekolah baharu di Cyberjaya memberi kelegaan buat penduduk sekitar.

Pada Mac 2021, saya melawat ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya untuk meninjau pengoperasian sekolah sewaktu pandemik Covid-19 yang mempunyai jumlah murid padat iaitu 2,418 murid.

“Kita ikhtiarkan agar sebuah sekolah baharu dapat dibina di kawasan ini untuk kemudahan ibu bapa dan anak-anak.

“Hari ini diumumkan bahawa sebuah sekolah rendah baharu akan dibina di Cyberjaya.

“Tahniah kepada penduduk Cyberjaya!” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here