Home bajet2022 KUSKOP libat urus MOF wujud skim khas mahasiswa

KUSKOP libat urus MOF wujud skim khas mahasiswa

0
KUSKOP libat urus MOF wujud skim khas mahasiswa
Noh – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menjalankan libat urus dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mewujudkan sebuah skim khas bagi mahasiswa yang menceburi bidang keusahawanan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini berikutan mahasiswa tempatan yang memiliki ilmu dan kepakaran berkaitan dalam bidang itu, tetapi menghadapi masalah mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan.

“Kita tengok sekarang kira-kira 500,000 mahasiswa yang telahpun menanam budaya keusahawanan, mereka nak mula berniaga tapi ada masalah modal.

“Kita berharap skim khas ini dipersetujui oleh MOF dan seterusnya diluluskan dalam pembentangan Bajet 2023 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Akses Kepada Pembiayaan (BIAYA) Usahawan 2022 di sini pada Sabtu. – Foto Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here