KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengagihkan kit asas kebersihan secara percuma kepada 130,000 remaja daripada golongan B40.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengedaran kit asas kebersihan itu akan dibuat setiap bulan.
“Selain itu, sebanyak RM11 juta subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks kepada wanita turut diberikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL