Home bajet2022 Kerajaan peruntuk RM13 juta perkasakan PDRM

Kerajaan peruntuk RM13 juta perkasakan PDRM

0
Kerajaan peruntuk RM13 juta perkasakan PDRM

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM13 juta khas untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak serta mewujudkan 100 perjawatan baharu.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga akan melaksanakan program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara menerusi Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja).

“Kita harus akui, pada tangan suri kita tersemat keringat yang menghayun buaian, yang memupuk dan sama menyumbang kepada kehidupan.

“Namun, kadangkala ada pula tangan-tangan lain yang tidak mengerti perjuangan seorang ibu, isteri dan puteri sehingga tergamak berkelakuan tidak manusiawi. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Tengku Zafrul, kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita.

“Ini bertujuan bagi melindungi kebajikan lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here