KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan program eStart bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM150 secara one-off kepada akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT).
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih dua juta belia menerima manfaat daripada program ini.
“Diharapkan belia dapat menggunakan sebaiknya dengan pembelian buku dan kelengkapan pembelajaran,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.