Home bajet2022 KDN peruntuk RM4.7 bilion untuk pembangunan infrastruktur

KDN peruntuk RM4.7 bilion untuk pembangunan infrastruktur

0
KDN peruntuk RM4.7 bilion untuk pembangunan infrastruktur

Ruji (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pelatih Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 Maritim Malaysia selepas istiadat tamat latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada Sabtu.Seramai 78 pelatih yang Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 Maritim Malaysia merakam gambar kenangan bersama Ruji selepas istiadat tamat latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), pada Sabtu.

KUANTAN – Sebanyak RM4.7 bilion daripada RM18.5 bilion peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Belanjawan 2023 akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur agensi di bawah kementerian itu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ruji Ubi juga tidak menolak kemungkinan peruntukan RM4.7 bilion itu juga akan digunakan untuk perolehan aset-aset baharu.

“Tapi perinciannya (pengagihan peruntukan) belum diperolehi daripada pihak Kementerian Ekonomi. Saya akan pastikan hujung bulan Februari atau Mac kelulusan bajet yang sudah dibincangkan dan dibahaskan akan diproses untuk perolehan.

“Insya-ALLAH, pihak kementerian bersama barisan kepimpinan di kementerian dan agensi-agensi keselamatan di bawah KDN akan memastikan peruntukan yang telah diberi ini dapat dibelanjakan sepenuhnya pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada Sabtu.

Seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 lelaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi terbabit.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ruji memaklumkan, KDN mendapat peningkatan yang signifikan dalam bajet kali ini iaitu sebanyak RM18.5 bilion berbanding RM17.09 bilion pada tahun lalu.

“Kalau boleh saya sebut RM17.09 bilion yang diterima merangkumi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang diguna sepanjang tahun lalu,” jelas beliau.

Ruji turut menegaskan KDN pada tahun lalu telah memperuntukan sebanyak RM1.4juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan AMSAS.

**media[2106501]**

Bagi tahun ini, beliau memaklumkan, KDN akan menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk projek-projek utama supaya AMSAS menjadi institusi latihan maritim yang kondusif.

Ditanya mengenai penjawatan Maritim Malaysia, Ruji memaklumkan, peratusan pengisian penjawatan Maritim Malaysia pelbagai pangkat ialah 90.76 peratus daripada 5,303 penjawatan yang diluluskan.

Beliau turut menjangkakan sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelang tahun 2026.

“Kira harap 78 pelatih ini akan dapat memenuhi keperluan sumber tenaga di pihak Maritim Malaysia bagi memastikan kawalan maritim khususnya di kawasan yang agak sensitif mungkin di Selat Melaka.

“Mereka ini akan ditempatkan di kapal-kapal pihak Maritim Malaysia yang sedang beroperasi selama empat bulan lagi sebelum mereka dapat disahkan,” jelasnya.