Home bajet2022 Kadar levi tinggi dikenakan untuk pekerja asing

Kadar levi tinggi dikenakan untuk pekerja asing

0
Kadar levi tinggi dikenakan untuk pekerja asing
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Levi pekerja asing pelbagai peringkat disasarkan untuk dilaksanakan menjelang 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui pendekatan tersebut, syarikat dengan bilangan pekerja asing tinggi seperti sektor peladangan dan pembinaan akan dikenakan kadar levi lebih tinggi.

“Kerajaan bercadang menyalur semula hasil levi tambahan untuk menyokong majikan membiayai insiatif automasi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Jelasnya, dasar baharu itu memberi insentif membantu majikan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here