Home bajet2022 ‘Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 tidak cukup’

‘Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 tidak cukup’

0
‘Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 tidak cukup’

SHAH ALAM – Insentif Alat Bantuan Mengajar sebanyak RM100 secara sekali bayar kepada guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disifatkan tidak cukup untuk menghargai guru yang bertugas sepanjang pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana sepanjang guru mengajar dari rumah, bajet, internet dan elektrik ditanggung sendiri sepenuhnya.

“RM100 tidak cukup nak hargai guru. Kena ada pelan jangka masa panjang untuk pembelajaran digital, bukan ‘gula-gula’ RM100 saja.

“RM100 nak beli alat tulis pun tidak berapa cukup. Banyak cikgu kongsi, mereka beli komputer riba dan tablet baru untuk ajar anak murid, ada yang baru pasang internet di rumah.

“Saya sangat setuju perlu ada insentif ‘one-off’ untuk hargai guru. Tapi perlu sesuailah jumlahnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menyediakan Insentif Alat Bantuan Mengajar sebanyak RM100 sekali bayar kepada lebih 4,000 guru sekolah di bawah KPM.

Menurut Tengku Zafrul, ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pada masa sama, KPM perlu mempunyai perancangan untuk mendigitalkan pendidikan dengan sokongan kukuh.

“Bukan harap guru saja pasang internet sendiri,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here