Home bajet2022 Belanjawan 2023 peruntuk RM388.1 bilion

Belanjawan 2023 peruntuk RM388.1 bilion

0
Belanjawan 2023 peruntuk RM388.1 bilion

Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion bagi Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Tambah beliau yang juga Menteri Kewangan, selaras dengan dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lalu.

“Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan desa.

“Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.