Home bajet2022 Bajet Selangor 2022: Pindaan undi 18 perlu diberi perhatian

Bajet Selangor 2022: Pindaan undi 18 perlu diberi perhatian

0
Bajet Selangor 2022: Pindaan undi 18 perlu diberi perhatian

SHAH ALAM – Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor berharap agar kerajaan negeri memberi fokus terhadap perkara berkaitan pindaan undi 18 dalam Belanjawan Selangor 2022 tidak lama lagi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan juga berharap agar satu platform dapat disediakan bagi memastikan persatuan belia di Selangor dapat bergantung kepada kerajaan negeri.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Enakmen Majlis Penggerak Belia Selangor telah dirangka sebelum ini bagi membolehkan semua persatuan belia di Selangor dapat ditadbir di bawah satu pergerakan.

“Harapan saya dalam Belanjawan Selangor 2022 ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dapat beri sokongan kepada golongan belia di negeri ini bagi memastikan mereka tidak tertinggal dalam pembangunan negeri,” katanya selepas Siri Pertama Jelajah Selangor Bekerja 2022 di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada Sabtu.

Mengulas mengenai pembangunan sukan di Selangor, Mohd Khairuddin berkata, peruntukan yang diperoleh buat masa ini sudah memadai bagi menggerakkan program-program dan perancangan yang dijadualkan.

Tambahnya, jawatankuasanya akan terus memberi fokus dan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membuat penambahbaikan dari masa ke masa.

“Untuk Sukan Malaysia 2022 (Sukma 2022), kita juga akan hantar wakil memandangkan temasya itu akan diteruskan seperti mana dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini,” katanya.

Ahmad Faizal pada 14 Oktober lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan penganjuran Sukma 2022 dan Para Sukma 2022 akan tetap diadakan tahun depan bagi memastikan atlet muda mendapat pendedahan yang sepatutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here