Home bajet2022 Bajet: 2023: Tanah terbiar dimanfaat tanaman makanan

Bajet: 2023: Tanah terbiar dimanfaat tanaman makanan

0
Bajet: 2023: Tanah terbiar dimanfaat tanaman makanan
Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar dengan keluasan 323.75 hektar untuk tanaman makanan.(Gambar hiasan) – Foto 123rf

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felcra Berhad, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan keluasan 323.75 hektar untuk tanaman makanan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan meningkatkan penghasilan makanan.

“Setakat tahun 2020, penggunaan tanah bagi tanaman makanan telah merosot kepada hanya 1.2 juta hektar berbanding 7 juta hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here