Home bajet2022 Bajet 2023 perlu tumpu pembangunan bakat baharu

Bajet 2023 perlu tumpu pembangunan bakat baharu

0
Bajet 2023 perlu tumpu pembangunan bakat baharu
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri) merasmikan pejabat baru New EY, pada Isnin.

GEORGETOWN – Kerajaan Persekutuan harus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu dalam sektor ekonomi supaya negara dapat berdaya saing.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Malaysia dilihat menghadapi krisis bakat baharu dalam pelbagai sektor ekonomi dan ia perlu diatasi segera.

“Setakat ini, kerajaan Persekutuan banyak memberi penekanan kepada sektor kesihatan, pendidikan, pembangunan infrastruktur dan pendigitalan.

“Pembangunan bakat baru adalah sesuatu yang perlu juga kita fokuskan. Diharap ada berita baik dari segi pembangunan bakat baru dalam pembentangan Bajet 2023 nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian pejabat baharu New EY di Tanjung Bungah, pada Isnin.

Kata Kon Yeow, diharap bajet kali ini juga menyediakan peruntukan lebih untuk latihan vokasional serta pusat kemahiran untuk melatih lebih ramai pekerja mahir.

“Negara akan rugi, jika tidak dapat meningkatkan kemahiran pekerja,” katanya ketika menjawab mengenai harapan Pulau Pinang dalam pembentangan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober nanti.

Tambah Kon Yeow, isu asas seperti pengambilan buruh asing juga belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Saya tidak nampak bagaimana negara akan bergerak ke hadapan untuk terus memperoleh pelaburan jika tidak menangani isu penting seperti buruh asing,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memperkenalkan insentif kepada pelajar asing yang belajar dan menetap di Malaysia.

“Jika kerajaan memperkenalkan insentif ini, kita boleh bersaing dengan negara lain kerana Malaysia berdepan masalah kekurangan tenaga kerja baru.

“Ramai pelajar warga asing sedang dan telah menuntut di universiti tempatan. Mereka harus diberi insentif untuk bekerja di Malaysia selama tiga hingga lima tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here