Home bajet2022 Bajet 2023: Orang Asli terima peruntukan RM305 juta

Bajet 2023: Orang Asli terima peruntukan RM305 juta

0
Bajet 2023: Orang Asli terima peruntukan RM305 juta
Sebanyak RM305 juta disediakan untuk pembangunan masyarakat Orang Asli dalam Bajet 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM305 juta untuk masyarakat Orang Asli secara keseluruhan, iaitu meningkat berbanding RM274 juta pada tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut merangkumi antaranya program bantuan sosial berikutan peningkatan taraf hidup dan pembangunan bersepadu perkampungan Orang Asli.

“Bagi tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan projek tanam semula ladang Orang Asli merangkumi kerja-kerja penanaman semula getah dan kelapa sawit yang akan memanfaatkan lebih 2,100 Orang Asli antaranya di Kemaman, Terengganu; Bera, Pahang dan Gua Musang, Kelantan,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here