Home bajet2022 Bajet 2023: Melaka mohon bajet pelancongan dilipat ganda

Bajet 2023: Melaka mohon bajet pelancongan dilipat ganda

0
Bajet 2023: Melaka mohon bajet pelancongan dilipat ganda
Gambar kecil: Muhammad Jailani

MELAKA – Kerajaan Melaka berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi kelonggaran pinjaman dalam sektor pelancong kepada pemain-pemain industri dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, cadangan itu dapat memberi nafas baharu kepada pemain industri untuk bangun dan stabil dalam fasa peralihan ke endemik.

Menurutnya, ia sekali gus berpotensi memperkenalkan serta mempromosikan produk-produk baharu mereka dalam menarik lebih ramai pelancong selepas pandemik Covid-19.

“Kita minta pada kerajaan kalau boleh bajet pelancongan dilipat gandakan kerana akan membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kali ini kita mahu bajet itu memberi penekanan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan produk serta membangunkan produk pelancongan baharu,” kata beliau ketika dihubungi pada Khamis.

Jelas beliau, ia juga antara kaedah yang dapat meringankan beban industri dengan kelulusan pinjaman daripada bank pembangunan bagi produktiviti pengeluaran produk baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai penerbangan baharu ke Melaka, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, Melaka akan menerima penerbangan pertama Batik Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang akan membuka laluan dari Pulau Pinang dan Pekan Baru Indonesia pada Isnin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here