Home bajet2022 Bajet 2023: Kelantan perlukan tambahan peruntukan RM4 bilion

Bajet 2023: Kelantan perlukan tambahan peruntukan RM4 bilion

0
Bajet 2023: Kelantan perlukan tambahan peruntukan RM4 bilion
Mohd Amar

KOTA BHARU – Kelantan memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM4 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk Bajet 2023 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, sejak Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan, Kelantan sudah menerima peruntukan berjumlah RM3 bilion.

“Namun jumlah keseluruhan yang diperlukan oleh Kelantan adalah RM7 bilion. Jadi kita perlukan peruntukan sebanyak RM4 bilion lagi.

“Paling utama ialah untuk menyelesaikan masalah bekalan air selain daripada menaik taraf kemudahan jalan raya, kemudahan asas, sekolah, bantuan orang miskin dan lain-lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Himpunan Senaman Tua di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.

Beliau berkata, negeri yang terkenal dengan jolok serambi Mekah itu sering ketinggalan sejak berpuluh tahun lalu dari segi pembangunan fizikal.

“Jadi Kelantan berharap kerajaan Persekutuan dapat menambah peruntukan terutama dari sudut infrastruktur dan pembangunan. Senarai peruntukan yang diperlukan untuk pembangunan negeri ini sudah diangkat kepada kerajaan Persekutuan.

“Alhamdulillah selepas kerajaan Perikatan Nasional naik peruntukan sudah mula turun, jadi kita (kerajaan Kelantan) harap boleh ditambah lagi untuk akan datang,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here