KUALA LUMPUR – Kerajaan menambah baik program Rancangan Makanan Tambahan dengan menaikkan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi kawasan Semannjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula ditingkatkan dari RM3 ke RM4.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada Oktober 2022.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.
Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
AKAN MENYUSUL