Home bajet2022 Bajet 2023 dibentang semula pada 24 Februari – MOF

Bajet 2023 dibentang semula pada 24 Februari – MOF

0
Bajet 2023 dibentang semula pada 24 Februari – MOF

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

“Ya tarikh itu disahkan,” ujar ringkas seorang jurucakap Kementerian Kewangan kepada media semasa diminta mengesahkan perkara tersebut pada Khamis.

Beberapa media melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari depan kerana hanya mini belanjawan bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji dibentangkan sebelum ini.

“Secara keseluruhan, pembentangan belanjawan dan proses perbahasan termasuk urusan jawatankuasa dan dasar akan mengambil masa selama 21 hari,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal The Star Online lewat semalam.

Menurut portal rasmi Parlimen, mesyuarat pertama sesi kedua Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 13 Februari hingga 30 Mac, 2023.

Pada 20 Disember lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Mini Bajet 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022.

Pada 7 Oktober 2022, Menteri Kewangan pada masa itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tiga hari kemudiannya, pada 10 Oktober, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada pilihan raya ke-15 diadakan pada 19 November 2022. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here