Home bajet2022 Bajet 2023: 219 ahli Parlimen hadir, tiga kerusi kosong

Bajet 2023: 219 ahli Parlimen hadir, tiga kerusi kosong

Bajet 2023: 219 ahli Parlimen hadir, tiga kerusi kosong
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengamal media ketika menuju ke Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2023 yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat pada Jumaat dihadiri 219 ahli Parlimen.

Jumlah itu tidak termasuk seorang ahli Parlimen yang tidak dibenarkan hadir dan dua lagi meninggal dunia.

Kerusi yang kosong adalah Gerik yang mana penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman dilapor meninggal dunia di Raub, Pahang pada November 2020 dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi) yang meninggal pada Oktober tahun sama.

Sementara itu penyandang kerusi Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak kelihatan susulan sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan atas sabitan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 untuk kali ketiga selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru lengkap bersampin dilihat memulakan pembentangan dengan menyatakan Bajet 2023 mengambil kira 200 libat urus, 250 memorandum serta 12,000 cadangan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here