Home bajet2022 Bajet 2022 pacu pemulihan kukuh, mampan: Khazanah

Bajet 2022 pacu pemulihan kukuh, mampan: Khazanah

0
Bajet 2022 pacu pemulihan kukuh, mampan: Khazanah

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 ialah pelan fiskal komprehensif yang akan memacu pemulihan ekonomi yang kukuh dan mampan sambil menyediakan keterangkuman sosioekonomi serta perlindungan sosial yang meluas.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, keutamaan telah diberikan kepada infrastruktur penjagaan kesihatan dan pendidikan serta pelaburan dalam infrastruktur digital dan kesalinghubungan digital untuk memastikan warga individu dan entiti perniagaan muncul lebih kukuh.

“Kedua-dua Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) datang ketika Malaysia dan seluruh dunia telah mula bangkit daripada pandemik global Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selaras dengan RMK12, beliau berkata Khazanah dan syarikat penerima pelaburan akan sama-sama memainkan peranan dalam menyampaikan inisiatif dalam Bajet 2022, seperti Jalinan GLC untuk mengukuhkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia ( MySTEP) dan PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Khazanah juga kekal komited untuk merealisasikan matlamat Perkukuh Pelaburan Rakyat dan memacu pelaburan pemangkin melalui dana Dana Impak yang bernilai RM6 bilion,” katanya.

Beliau turut menambah belanjawan yang dibentangkan itu berazam untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia selain mengukuhkan daya tahan ekonomi apabila negara membuka semula secara beransur-ansur sektor ekonomi dan sosialnya. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here