Home bajet2022 Bajet 2022: Kelantan harap beri tumpuan penjagaan alam sekitar

Bajet 2022: Kelantan harap beri tumpuan penjagaan alam sekitar

0
Bajet 2022: Kelantan harap beri tumpuan penjagaan alam sekitar

PASIR PUTEH – Kelantan berharap pembentangan Bajet 2022 oleh kerajaan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini dapat memberi lebih tumpuan kepada usaha memulihara dan menjaga alam sekitar menerusi penggunaan teknologi hijau.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar itu penting bagi memastikan generasi masa depan dapat mewarisinya dengan sebaik mungkin.

“Untuk makluman, Kelantan akan menaikkan peruntukkan bajet tahun hadapan bagi menjayakan penjagaan alam sekitar dan juga memperkasakan penggunaan teknologi hijau,” katanya.

Menurutnya, ia merangkumi kempen kitar semula bagi memastikan rakyat turut sama menjayakan program tersebut.

“Kesemua program ini penting bagi memastikan alam sekitar terus dijaga dengan sebaik mungkin.

“Cadangan ini telah dimasukkan dan dibincangkan untuk diangkat pada pembentangan bajet kerajaan negeri yang akan bermula pada 2 Disember ini,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here