Home bajet2022 Ahli Parlimen pembangkang tampil sedondon berona putih

Ahli Parlimen pembangkang tampil sedondon berona putih

0
Ahli Parlimen pembangkang tampil sedondon berona putih

Ahli Parlimen pembangkang tampil sedondon berpakaian putih pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.
KUALA LUMPUR – Selepas hitam menjadi pilihan ketika mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada Disember lalu, blok pembangkang sekali lagi ‘mencuri’ tumpuan apabila tampil sedondon berpakaian putih.

Segak dan menawan dengan pemilihan warna ‘bersih’ ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat, ahli-ahli Parlimen pembangkang dilihat ingin menyampaikan mesej kesepakatan antara mereka dengan pemilihan warna baju senada itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mula membentangkan belanjawan yang ditunggu-tunggu itu kira-kira jam 4.05 petang.

Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Sebelum itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), segak memakai baju Melayu berona biru muda dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan jam 3.07 petang menuju ke Parlimen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama Perbendaharaan.