SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Author at Info Sinar

Khidmat orang tengah lindungi 'kingpin'
SHAH ALAM – Orang tengah wujud dalam kalangan orang awam berkhidmat untuk ‘kingpin’ yang terdiri daripada penjawat awam atau pemimpin politik.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mukhriz Mat Rus berkata, peranan orang tengah adalah untuk mengaburi kegiatan atau melindungi identiti ‘kingpin’.

“Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan pendakwaan kes-kes rasuah dan penyelidikan akademik, orang tengah ini ada beberapa kategori. Ia juga disebut dengan pelbagai panggilan seperti ‘runner’ dan proksi.

“Misalnya, seorang penguatkuasa akan mengarahkan orang tengahnya untuk meminta rasuah daripada mangsa. Pembayaran juga melalui orang tengah ini, ada habuan untuknya tapi lazimnya habuan untuk dirinya jauh lebih kecil berbanding si kepala (‘kingpin’).

“Orang tengah juga adakala menerima wang bagi pihak kepalanya. Ini bagi mengelak wang itu dikesan dalam akaun si kepala.

“Ini penting bagi penjawat awam kerana seseorang penjawat awam perlu mengisytihar harta dan boleh diarahkan untuk menjelaskan kenapa hartanya berlebihan berbanding pendapatannya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, tindakan orang tengah ini hakikatnya menyusahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada suspek utama yang menikmati paling banyak hasil daripada kegiatan jenayah rasuah itu.

Jelasnya, adakala suspek utama tidak dapat dihadapkan ke muka pengadilan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi, selain kelicikan perancangan dan peranan orang tengah.

“Contohnya, tiada rekod yang boleh menunjukkan si kepala atau ‘kingpin’ menerima rasuah kerana wang dimasukkan ke akaun orang tengah. Kemudian orang tengah mengeluarkan wang tunai untuk ‘kingpin’. Maka, tiada rekod transaksi kewangan yang dapat mengaitkan ‘kingpin’.

“Dalam keadaan tertentu, orang tengah tidak didakwa tapi dijadikan saksi pendakwaan. Maka pendakwaan akan bergantung kepada keterangan lisan orang tengah bahawa duit rasuah itu telah disampaikan kepada suspek utama.

“Bagaimanapun pendekatan ini berisiko tinggi kerana ada kemungkinan orang tengah akan belot semasa beri keterangan di mahkamah (saksi tipu),” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, penglibatan orang tengah memang merumitkan pembanterasan rasuah terutamanya melalui perundangan.

Ujarnya, ada juga yang menyifatkan rasuah melibatkan proksi atau orang tengah adalah satu contoh ‘crime of the powerful’.

“Modus operandi melibatkan orang tengah ini hanya mampu dibuat oleh orang yang berkuasa, yang disebut jerung-jerung itu. Tapi bukan oleh bilis-bilis yang mudah ‘kantoi’ dan untungnya pun tidak seberapa jika bernasib baik terlepas,” jelasnya.

Mukhriz berkata, upaya dan usaha memerangi rasuah perlu datang dari bawah, yakni masyarakat bagi memastikan akar-akar itu sama ada mereput atau terpancul keluar dari tanah.

Katanya, upaya dan usaha yang ingin dijana oleh kempen Rasuah Busters mampu menyuburkan pembudayaan integriti, menyahnormalkan rasuah dan gejalanya, serta menggerunkan pendaya-pendaya rasuah dalam masyarakat kita.

“Pada hemat saya, undang-undang dan hukuman sedia ada sudah baik. Namun undang-undang hanya mampu mencantas dahan dan ranting, tapi bukan mencabut akarnya. Kelak pokok rasuah itu akan rimbun semula. Dalam erti kata lain, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada undang-undang.

“Semoga usaha terangkum ini mencapai semua matlamat yang dirangka dan menjadi contoh kepada penggerak masyarakat yang lain dari semua lapangan,” ujar beliau.

The post Khidmat orang tengah lindungi 'kingpin' appeared first on Info Sinar.

Rakyat cuma pandang rasuah sebagai jenayah ala kadar
SHAH ALAM – Rakyat di negara ini memandang rasuah sebagai jenayah ala kadar sedangkan ia adalah perbuatan kejam dan berimpak negatif.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perundangan dan Keadilan di Pusat Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Aspalella A Rahman berkata, stigma masyarakat masih beranggapan perbuatan itu tidak menampakkan ia sesuatu yang kejam berbanding membunuh, merogol atau mencuri.

Beliau berkata, ia juga boleh dikatakan jenayah terselindung kerana ada ‘tangan ghaib’ yang menutup kesalahan itu.

“Contoh, aktiviti cetak rompak, ramai yang terlibat dan tidak nampak bahawa ia sebenarnya adalah perbuatan mencuri hak orang lain.

“Sebenarnya dari sudut lain dengan adanya rasuah menyebabkan jenayah lain seperti pengedaran dadah, pembalakan haram dan pemerdagangan manusia sukar dihapuskan.

“Semua jenayah ini melibatkan rasuah sehingga penguatkuasaan dan undang-undang gagal untuk menangkap dan mengadili mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Aspalella berkata, situasi itu yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

“Data ini seolah-olah mengiyakan keadaan rasuah di negara ini agak mendukacitakan,” katanya.

Menurutnya, sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melakukan tangkapan secara besar-besaran.

“Boleh dikatakan kebanyakan ahli politik terlibat kes rasuah dan penggubahan wang haram apatah lagi pegawai kerajaan.

“Apabila kepimpinan peringkat tertinggi amalkan rasuah apatah lagi peringkat bawahan atau mungkin kerana kurangnya sifat integriti dalam diri serta tahap gaji tidak cukup.

“Saya pernah terbaca ada pihak yang mengeluarkan kenyataan pegawai kerajaan di Malaysia sanggup menerima rasuah walaupun jumlahnya tidak seberapa,” katanya.

Justeru, beliau menyokong kempen Rasuah Busters yang menjadi platform terbaik untuk mendidik masyarakat bahawa rasuah itu perbuatan keji.

“Diharapkan semoga setiap maklumat dipaparkan berjaya menjentik hati masyarakat bahawa perbuatan ini salah dan memudaratkan.

“Kena tanam dalam diri anak-anak bahawa rasuah membinasakan hidup, keluarga, negara dan agama,” katanya.

The post Rakyat cuma pandang rasuah sebagai jenayah ala kadar appeared first on Info Sinar.

Membasmi rasuah tanggungjawab semua
SHAH ALAM – Tanggungjawab untuk memerangi rasuah bukanlah tugasan eksklusif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

Inspektor Harryanto Bujang dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuching, Sarawak berkata, sebaliknya, tanggungjawab itu juga wajar dipikul oleh seluruh masyarakat di negara ini terutamanya dalam kalangan warga yang berkhidmat di agensi kerajaan.

Beliau berkata, usaha untuk mencegah rasuah juga perlu dilihat secara total dan ia memerlukan kepada perancangan dan pelaksanaan bersepadu daripada semua pihak.

“Usaha tersebut haruslah merangkumi pelbagai aspek termasuklah penguatkuasaan, politik dan kepimpinan, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, program pendidikan serta pembangunan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Harryanto yang juga calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, rasuah akan berlaku apabila pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa berkehendakkan sesuatu bersifat keuntungan peribadi dengan menggunakan kedudukan mereka.

“Situasi di atas jelas menunjukkan perbuatan terkutuk ini masih berlaku dan berterusan berlaku selagi usaha membasminya tidak dilakukan secara habis-habisan.

“Setiap hari kita dikejutkan dengan laporan tangkapan dan pendakwaan berkaitan rasuah dan terkini berkaitan pengeluaran sijil vaksinasi tanpa suntikan dan kes berkenaan masih dalam siasatan SPRM,” jelas beliau.

Justeru, beliau menyokong kempen Rasuah Busters yang dianjurkan Sinar Harian.

Katanya, kempen Rasuah Busters merupakan suatu inisiatif terbaik dalam pencegahan rasuah.

“Namun usaha ini perlu dilakukan dengan kerjasama bukan sahaja dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi Transparency International Malaysia (TI-M) perlu turut serta,” ujarnya.

The post Membasmi rasuah tanggungjawab semua appeared first on Info Sinar.

Perasuah perlu kembali ke pangkal jalan untuk hidup tenang
SHAH ALAM – Golongan yang terlibat dengan rasuah perlu kembali ke pangkal jalan jika mahukan kehidupan yang tenang dan aman damai seperti sebelum ini.

Pegawai Eksekutif Insurans, Ahmad Zahid Hassan, 51 berkata, percaya atau tidak, golongan perasuah akan sentiasa diselubungi perasaan takut, waswas dan berasa seperti diperhatikan walaupun kegiatan tidak sihat itu belum dihidu oleh pihak berkuasa.

“Sikap tidak tenang ini terbit dalam jiwa kerana mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dan Islam melarang umatnya terjebak dalam kancah ini.

“Bahana rasuah sangat besar. Ia boleh merosakkan keperibadian anak bangsa, menghancurkan kemajuan negara termasuk institusi keadilan dalam sesebuah negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, disebabkan itu, seseorang itu berfikir sebelum melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama dan norma kehidupan.

“Mana-mana individu yang pernah terpalit dengan rasuah pasti menyesal sehingga akhirnya.

“Jadi menyesal lah sebelum terlambat kerana bukan hanya si pelaku yang mendapat balasan malah dia turut mengheret seluruh keluarganya sekali,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Khairulzaman Abd Samad, 37 berkata, rasuah berlaku apabila ada pihak yang membuat penawaran bagi mencapai matlamat mereka.

“Saya berikan contoh yang berlaku di depan mata seperti, lambakan warga asing yang datang ke negara ini tanpa permit dan aktiviti pencerobohan hutan simpan. Semua ini pasti tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang mahukan sesuatu bukan hak mereka.

“Kerana itu, mereka menawarkan sesuatu mungkin dalam bentuk duit atau sebagainya sehingga akhirnya ramai yang terjebak,” katanya.

Menurutnya, jika kerajaan tidak peka dan tidak membanteras aktiviti tidak sihat ini secepat mungkin berkemungkinan besar kesan kerana rasuah negara akan tergadai.

Bagi seorang kerani, Zainal Abidin Bakri, 53 berkata, rasuah turut memberi kesan besar dalam sesebuah organisasi dan mampu melumpuhkan fungsi sebuah syarikat sehingga menyebabkan pentadbiran menjadi tunggang-langgang.

“Selain itu ia juga akan menjejaskan imej syarikat ini sendiri sekali gus menyebabkan rakan kongsi tidak percaya untuk melabur dengan syarikat ini lagi.

“Kebiasaannya, apabila rasuah berlaku, kualiti barang yang dikeluarkan tidak akan mengikut kehendak pelanggan lagi,” katanya.

Zainal Abidin berkata, apabila rasuah berlaku dalam kerajaan maka ia akan melahirkan pekerja yang tidak amanah dalam menjalankan tugas.

“Pengurusan negara akan mundur kerana perasuah berada dalam organisasi ini. Malah nama negara turut tercalar sehingga pelabur takut untuk melabur dalam negara yang banyak rasuah.

“Ada yang mendakwa situasi yang berlaku di Raub, Pahang (tanah kerajaan diceroboh begitu saja) sebab ada perasuah dalam kerajaan dan selagi perasuah ada dalam sesuatu organisasi, kemajuan sesebuah negara atau syarikat akan terbantut,” katanya.

Sementara itu, pegawai pemasaran, Zain Ibrahim, 54 berpendapat rasuah perlu dibanteras di semua lapisan masyarakat jika mahu negara bebas daripada gejala tidak sihat ini.

“Usaha membasmi rasuah seharusnya menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia dan kita tidak boleh bertolak ansur dalam menangani gejala rasuah ini.

“Walau siapa pun individu atau pihak berkenaan apabila terlibat dengan rasuah pihak penguat kuasa perlu siasat sehingga ke akar umbi,” katanya.

Mengulas mengenai sikap pelaku rasuah yang melakukan secara terang-terangan, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, perkara itu berlaku kerana pelaksanaan undang-undang yang tidak diperketatkan.

“Undang-undang ada tetapi tidak ketat menyebabkan pelaku merasakan walaupun apa yang dilakukan itu salah tetapi tiada siapa yang akan menahannya.

“Rasuah di Malaysia semakin menjadi-jadi, kerana itu kita perlu peranginya secara habis-habisan dan jangan biarkan sesiapa pun terlepas,” ujarnya.

The post Perasuah perlu kembali ke pangkal jalan untuk hidup tenang appeared first on Info Sinar.

Persiapkan diri elak terjebak rasuah
SHAH ALAM – Generasi muda digalakkan mempersiapkan diri dengan nilai murni bagi mengelakkan terjebak dengan rasuah.

Setiausaha Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), Mohd Azwan Othman berkata, nilai murni seperti benar dan amanah itu diterapkan dalam diri para pesilat Silat Cekak Hanafi.

“Jurulatih kami dibekal dengan buku penerapan nilai pati utama dalam penyampaian silat iaitu sifat benar dan amanah semasa sesi latihan.

“Nilai murni yang dipraktikkan dalam persatuan ini bertepatan dengan situasi rasuah di Malaysia yang dilihat sangat teruk.

“Kalau kita tengok rasuah ini melibatkan perkara besar iaitu amanah (apabila diberikan sesuatu untuk seseorang itu melanggar amanahnya),” kata beliau dalam rakaman Kapsul Rasuah Busters pada Isnin.

Jelas Mohd Azwan, golongan muda dan belia juga perlu diterapkan dengan jati diri yang mantap supaya kebal terhadap rasuah.

“Cabaran di luar sana sangat hebat. Jika tersalah langkah maka meranalah diri.

“Saya tidak nafikan bahawa silat ialah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan tanah ini dan kita tahu bahawa silat juga diamalkan oleh para pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Jadi, ia tidak lari daripada penerapan jati diri negara yang sangat tinggi.

“Apabila individu atau pesilat ini diterapkan dengan jati diri yang sangat baik, insya-ALLAH mereka juga akan mengamalkan nilai ini apabila berada di alam pekerjaan kelak,” katanya

Nilai-nilai murni inilah tegas beliau, yang akan menangkis seseorang daripada terlibat dengan rasuah.

Sehubungan itu, beliau bersetuju konsep yang diperkenalkan oleh Rasuah Busters seiring.

“Saya memetik kata-kata oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub antaranya, tugas kita bukanlah hendak menyerang kes yang sedang berlaku tetapi kita mahu mewujudkan budaya membenci rasuah.

“Jadi apabila kita berusaha ke arah itu, semua peringkat termasuk persatuan silat perlu memainkan peranan masing-masing begitu juga dengan Silat Cekak Hanafi,” katanya.

The post Persiapkan diri elak terjebak rasuah appeared first on Info Sinar.

Tiada lagi rasa segan ambil rasuah
SHAH ALAM – Perikatan Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) berpandangan masyarakat hari ini sudah tidak mempunyai perasaan segan apabila melibatkan diri dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, buktinya sangat jelas apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia menunjukkan Malaysia menduduki tangga 57 dari 180 negara, naik enam tangga berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, pada tahun 1980-an, individu yang terlibat dengan rasuah melakukannya secara sorok-sorok dan sekitar 1990-an pula keadaan berubah kepada secara tidak berapa malu dan pada alaf 21 dilakukan secara terang-terangan.

“Situasi di atas jelas menunjukkan bahawa rasuah dan salah guna kuasa di negara ini sudah berada di tahap endemik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas intipati mesyuarat gabungan ACCIN bersama Rasuah Busters yang dilakukan secara maya baru-baru ini.

Katanya, hasil perbincangan dengan pihak Rasuah Busters memutuskan bahawa semua bersetuju rasuah dan salah guna kuasa adalah satu masalah besar dan ancaman kepada negara sejak sekian lama terutama oleh pimpinan negara.

Ujarnya, kesannya mula kelihatan apabila negara mula dibebani dengan kadar hutang yang tinggi, penghasilan projek-projek berkualiti rendah tetapi berharga tinggi yang dirunding terus dan banyak lagi ketirisan yang berlaku.

“Pada saya, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah kembar serangkai. Dengan kewujudan dua perkara inilah maka segelintir pemimpin kita mengamalkan politik wang dan politics of patronage sehingga menyebabkan lagi banyak masalah.

“Apabila mengamalkan politik wang maknanya orang yang mendapat duit melalui rasuah dan salah guna kuasa akan terus berkuasa,” kata beliau lagi.

Pada masa sama, Mohd Jamaludin berkata, pihaknya juga mengambil keputusan bahawa usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan secara bersepadu, top down dan bottom up.

“Saya berpandangan, usaha seperti kempen Rasuah Busters ini adalah secara bottom up iaitu mahu menyedarkan masyarakat betapa bahayanya rasuah.

“Kerana itu saya juga berpendapat institusi semak imbang dan badan penguatkuasaan perlu berwibawa, bebas dan tegas.

“Contoh seperti negara China, pimpinan kerajaannya membanteras rasuah dengan tekun sekali dan menampakkan kejayaan. Saya yakin Malaysia juga mampu melakukannya di semua peringkat,” ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, ACCIN menyokong penuh kempen Rasuah Busters bagi mencegah dan membanteras rasuah di negara ini.

“Kita membuat ketetapan untuk menyokong usaha Rasuah Busters. Kami memandang tinggi usaha yang dilaksanakan ini. Kempen ini bergerak dengan sungguh sistematik dan mengambil pendekatan untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya saling membantu.

“Usaha untuk menimbulkan perasaan benci, bahaya dan bagi pendidikan kepada orang awam, penjawat awam dan pemegang jawatan adalah sangat penting dan perlu diteruskan lebih giat. Mereka perlu melihat rasuah ini sebagai najis dan sebagai perkara haram dan dibenci semua agama,” kata beliau.

Untuk rekod, ACCIN terdiri daripada 20 gabungan NGO Islam antaranya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

The post Tiada lagi rasa segan ambil rasuah appeared first on Info Sinar.

Nilai murni benteng terjebak rasuah
SHAH ALAM – Individu yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mampu mengawal diri daripada terjebak rasuah.

Naib Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), Mohamad Rais Abu Noh berkata, nilai-nilai murni seperti amanah, beragama dan bercakap benar menjadi amalan ahli Silat Cekak Hanafi.

Beliau berkata, sama ada orang awam atau ahli Silat Cekak Hanafi tetapi jika masing-masing berusaha menjadi insan baik, nilai murni itu mampu mengawal diri daripada melakukan perbuatan jenayah.

“Sebagai ahli Silat Cekak Hanafi, apabila diijazahkan untuk belajar silat, salah satu perkara dilakukan adalah untuk mempengaruhi niat dengan ucap kalimah tauhid.

“Apabila kuat pegangan tauhid dalam jiwa maknanya kita tidak akan melakukan perkara yang mungkar seperti rasuah,” katanya dalam rakaman Kapsul Rasuah Busters pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya semua ahli masyarakat boleh bersikap sedemikian, gejala rasuah akan hilang dengan sendirinya walaupun ia agak mengambil masa.

Pada masa sama, Mohamad Rais berkata, kegiatan rasuah di negara ini berada di tahap sangat membimbangkan.

Tambahnya, kebelakangan ini terlalu banyak kes rasuah yang melibatkan seluruh segmen masyarakat bukan sahaja kakitangan awam malah, sektor swasta dan individu perseorangan turut terlibat dengan rasuah.

“Indeks Persepsi Rasuah dari tangga ke 51 ke tangga 57. Ini menunjukkan sesuatu perlu dilakukan untuk membasmi gejala tidak sihat ini.

“Sekiranya rasuah tidak diperangi sehabis-habisnya, ia akan menjejaskan reputasi negara di mata masyarakat, membantutkan pembangunan dan melibatkan penyakit sosial.

“Keadaan akan menjadi semakin huru hara dan semakin susah kerana masyarakat di negara ini akan dipenuhi dengan mereka yang tidak berintegriti dan tidak beramanah dalam tugas,” katanya.

Justeru, Mohamad Rais menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Rasuah Busters.

“Saya ucapkan tahniah kepada Sinar Harian dan menyokong kempen Rasuah Busters kerana ia adalah satu bentuk kesedaran kepada masyarakat.

“Diharapkan usaha murni ini dapat dilakukan secara berterusan dengan penglibatan ramai lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta,” kata beliau.

The post Nilai murni benteng terjebak rasuah appeared first on Info Sinar.

Didikan antirasuah langkah tepat basmi rasuah
SHAH ALAM – Pendidikan antirasuah adalah langkah tepat untuk membanteras rasuah bermula daripada akar umbi.

Pakar Pendidikan, Dr Intan Farahana Abdul Rani berkata, usaha itu bertujuan bagi melahirkan generasi berkualiti selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rasuah.

Beliau berkata, usia kanak-kanak dilihat cukup matang untuk memahami bahawa rasuah tidak boleh diterima dalam masyarakat dan ia merupakan jenayah sosial.

“Jika mahu generasi masa hadapan berakhlak, didikan tentang salah laku amalan rasuah perlu dipupuk dari peringkat awal lagi.

“Kita juga perlu sedar bahawa kanak-kanak seperti span yang mudah belajar melalui karakter ibu bapa dan guru,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada masa sama, pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku bagi mendapatkan ‘ganjaran’ daripada guru perlu dibezakan dengan rasuah.

Menurutnya, proses memberikan kefahaman itu sangat penting kerana akan membentuk sikap dan tingkah laku kanak-kanak terhadap situasi yang melibatkan pertolongan sekali gus membawa kepada pemberian hadiah.

Justeru, beliau turut memberikan beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan antaranya mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kerjasama ini boleh berperanan sebagai inisiatif bagi merencanakan strategi melalui pendidikan untuk penerapan nilai moral dan sikap ketika menjalankan tugas apabila dewasa kelak,” katanya.

Dalam masa sama, Intan Farahana menyokong gerakan Rasuah Busters yang dilaksanakan oleh Sinar Harian.

Katanya, penganjuran kempen itu adalah tepat pada masanya dan penting bagi menangkis pandemik rasuah yang berleluasa dalam masyarakat.

“Budaya memberi dan menerima rasuah melibatkan semua peringkat ekosistem termasuklah kanak-kanak, jadi konsep pendidikan mengenai rasuah perlu dilaksanakan dengan teliti,” katanya.

The post Didikan antirasuah langkah tepat basmi rasuah appeared first on Info Sinar.

Ahli politik jangan pentingkan kroni, diri sendiri
SHAH ALAM – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) meminta ahli politik di negara ini agar mengubah corak berpolitik yang selama ini lebih mementingkan ‘kroni’ dan diri sendiri.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, kepimpinan negara yang baharu perlu mempunyai keazaman politik yang jelas untuk membuat perubahan penting sekali gus memperkasakan usaha mengintegritikan politik negara dan memberi fokus kepada agenda antirasuah.

Beliau berkata, keazaman politik itulah yang mampu melegakan rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada serangan penyakit empat serangkai iaitu pandemik Covid-19, ketidaktentuan ekonomi, kemelut politik dan wabak rasuah.

“Ahli politik yang terlibat dengan perbicaraan kes di mahkamah perlu menyelesaikan kesnya terlebih dahulu sebelum memikirkan usaha menerajui negara.

“Sudah tentu kehadiran mereka amat dialu-alukan selepas mahkamah membebas dan melepaskannya daripada segala tuduhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Jais berkata, semua agensi penguatkuasaan dalam negara juga mesti berwaspada dengan segala anasir tidak sihat yang pasti mengambil kesempatan ketika ini.

“Tindakan tegas mesti diambil segera agar keselamatan dan keamanan negara terjamin.

“Semua kakitangan kerajaan hendaklah terus menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh cekap dan amanah bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas demi menjaga kualiti sistem pentadbiran negara sedia ada,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat kekal tenang dan jangan terlalu beremosi sehingga salah membuat tafsiran mengikut kaca mata sendiri tanpa merujuk kepada fakta sahih.

Jelasnya, MCW mendapati wujudnya ‘kebanjiran pakar politik tidak bertauliah’ di media sosial yang boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan terhadap pemimpin negara.

“Kebebasan memberi pandangan amat dialu-alukan, namun mesti mempunyai batas dan menjaga sensitiviti tertentu agar tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memantau segala berita yang disiarkan agar kebenaran dapat ditegakkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, MCW mahu rakyat berani memilih calon berdasarkan karisma kepemimpinan, rekod perkhidmatan dan latar belakang peribadi yang bersih dan bukan kerana parti semata-mata.

Jais berkata, ini kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang adalah medan penting untuk memilih wakil rakyat sebenar.

“Individu tersebut mestilah berintegriti tinggi, berani mempamerkan kuasa kepimpinan yang telus dan sanggup berkorban untuk rakyat serta negara.

“MCW akan terus komited dan ‘vocal’ dalam memberikan pelbagai pandangan yang perlu dan melaksanakan pelbagai program kesedaran antirasuah,” jelasnya

The post Ahli politik jangan pentingkan kroni, diri sendiri appeared first on Info Sinar.

Rasuah hanya penuhi nafsu diri
SHAH ALAM – Pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu akan bertindak dengan merasuah individu bertanggungjawab melaksanakan perkara itu demi memastikan hajatnya tercapai.

Peguam Syarie daripada Tetuan Wan Rosmawati & Associates, Wan Rosmawati Wan Ali berkata, ekosistem yang sengaja diwujudkan itu lama-kelamaan melupuskan sistem keadilan di negara ini.

“Kesannya, mereka yang mempunyai wang, pangkat, kedudukan akan sentiasa mendahului yang lain sekalipun mereka lebih berkelayakan.

“Berdasarkan pada pemerhatian saya, rasuah tidak hanya berlaku dalam kalangan mereka yang berjawatan besar, sebaliknya ia turut melibatkan pegawai bawahan.

“Rasuah akan memberi kesan yang lebih besar jika mereka yang berjawatan tinggi dalam sesebuah jabatan terlibat, kerana kuasa membuat keputusan tertakluk kepada pihak atasan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan bahawa rasuah dalam kalangan kakitangan bawahan juga boleh memberi kesan yang hampir sama dengan merasuah pegawai atasan.

Katanya, lihat saja dalam situasi jika kakitangan bawahan itu merupakan orang kepercayaan pegawai atau pun mempunyai hubungan baik dengan pegawainya.

“Misalnya, jika seseorang tertuduh telah merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah. Kesan yang diterima tertuduh itu berbeza. Dalam situasi tertuduh merasuah kakitangan mahkamah, kakitangan tersebut hanya boleh melobi atasannya supaya memberikan hukuman yang lebih ringan.

“Tetapi, jika tertuduh merasuah seorang hakim, kes tersebut berkemungkinan terus digugurkan tanpa sabitan bersalah. Dua kedudukan itu memberi kesan yang amat tidak baik dalam masyarakat,” katanya.

Pada masa sama, Wan Rosmawati turut berkongsi pengalamannya yang pernah berdepan dengan situasi ditawarkan rasuah semasa mengendalikan kes.

“Saya menolak dan menegaskan sekiranya saya melakukan perkara yang dicadangkan, yang akan menerima kesan buruk adalah mereka dan keturunannya.

“Setelah menjelaskan kesan yang akan diterima, pihak terbabit akur dan bersedia menjalankan kes mengikut prosedur yang ditetapkan supaya keturunan mereka tidak perlu berterusan menanggung kesalahan yang telah dilakukan.

“Kes-kes yang melibatkan pendaftaran nikah sindiket melibatkan penentuan nasab anak tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya demi menutup aib semata-mata,” katanya yang turut menyokong kempen Rasuah Busters.

Rasuah Busters katanya, adalah satu kempen yang sangat bagus untuk memupuk masyarakat khususnya generasi muda supaya tidak mewarisi perbuatan rasuah yang pernah dilakukan oleh generasi-generasi sebelumnya.

“Tidak mudah untuk menghentikan amalan rasuah jika tiada kesedaran.

“Pelaksanaan undang-undang terhadap pemberi dan penerima rasuah hanya mampu membendung jenayah namun tidak dapat menghentikannya,” ujarnya.

The post Rasuah hanya penuhi nafsu diri appeared first on Info Sinar.