NOOR AINON MOHAMED, Author at Info Sinar

MP digesa teliti RUU pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sebelum dibahaskan – #RasuahBusters
#RasuahBusters menggesa semua ahli Parlimen melaksanakan penelitian penuh, terperinci dan berprinsip terhadap RUU berhubung pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sebelum dibahaskan serta diluluskan di Dewan Rakyat.

SHAH ALAM – Semua ahli Parlimen digesa melaksanakan penelitian penuh, terperinci dan berprinsip terhadap Rang Undang-Undang (RUU) berhubung pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sebelum dibahaskan serta diluluskan di Dewan Rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) #RasuahBusters berkata, langkah itu penting berikutan setiap keputusan akan menatijahkan legasi keadilan yang telus, bebas dan mampu bertahan, sekali gus memastikan reformasi RUU yang kini berada pada fasa kritikal itu berjaya direalisasikan.

#RasuahBusters turut menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ahli Parlimen.

“Memastikan tiada kekaburan undang-undang yang boleh melemahkan kepastian proses pelantikan dan pentadbiran pendakwaan berikutan apa-apa ruang tafsiran yang terlalu luas berisiko menimbulkan masalah pelaksanaan dari segi praktikal dan operasi, percanggahan tafsiran serta membuka ruang kepada campur tangan yang menjejaskan integriti institusi pendakwaan.

“RUU harus memanifestasikan tahap ketelusan dan akauntabiliti serta mampu menangani risiko konflik kepentingan dan potensi manipulasi kuasa oleh mana-mana pihak,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, peranan Parlimen harus diperkukuh secara substantif, dengan legislatif yang kukuh dan keterbukaan awam menjadi benteng kepada gejala nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa.

“Jawatan Pendakwa Raya amat penting dalam mengekalkan integriti sistem keadilan jenayah. Oleh itu, proses pencalonan dan penilaian yang telus, bebas serta berakauntabiliti adalah teras kepada penentuan kelayakan calon.

**media[3560925]**

“RUU tersebut ialah nadi pelindung keadilan untuk rakyat. Pencalonan terbuka, kriteria kelayakan berasaskan merit, tempoh saringan yang munasabah dan keperluan bagi jawatankuasa pilihan untuk memaparkan asas penilaian mereka merupakan jaminan yang rakyat perlukan.

“Begitu juga, peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) sebagai penasihat perlu diseimbangkan dengan syor Parlimen yang mewakili suara rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Pendakwa Raya harus bebas daripada sebarang pengaruh yang tidak wajar agar institusi keadilan dapat dipertahankan.

“Ini ialah prasyarat untuk memperkukuh integriti pendakwaan, memulihkan keyakinan awam dan memastikan pelaksanaan undang-undang yang adil tanpa pilih kasih,” katanya.

#RasuahBusters turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya memastikan RUU berkenaan dijayakan dengan ketelitian yang tinggi.

“Menggantikan proses yang tidak telus dengan proses baharu tanpa keseimbangan yang sebenar berupaya menyebabkan apa jua reformasi menjadi lebih berbahaya daripada status quo.

“RUU ini di ambang realiti. Jadikanlah ia peluang mencipta sejarah sebagai hamba Tuhan yang menjunjung kedaulatan undang-undang dengan rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi,” katanya lagi.

The post MP digesa teliti RUU pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sebelum dibahaskan – #RasuahBusters appeared first on Info Sinar.

C4 Center saran kerajaan laksanakan reformasi, tadbir urus baik
Implikasi kes rasuah boleh menggugat keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.

C4 Center

SHAH ALAM – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menyarankan kerajaan melaksanakan agenda reformasi antirasuah dan tadbir urus baik seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

C4 Center dalam kenyataan memaklumkan bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai pandangan jelas berhubung hasrat pengundi dan menyatakan kekalahan parti itu mempertahankan kerusi yang disandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mencerminkan krisis keyakinan serius rakyat terhadap mereka.

Menurut kenyataan itu, organisasi masyarakat sivil telah menyatakan dengan tegas bahawa banyak reformasi yang dijanjikan telah diketepikan dalam agenda kerajaan.

**media[3360991]**

“Perkara itu termasuk pemisahan pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat, undang-undang pengisytiharan harta dan Akta Pembiayaan Politik.

“Beberapa reformasi tadbir urus baik telah diperkenalkan tetapi dikritik hebat kerana keberkesanannya yang kecil seperti Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

C4 Center berkata, rangkaian pelepasan tanpa pembebasan kepada individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah telah sangat menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan.

“Kekecewaan selanjutnya adalah pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebanyak tiga kali sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun terpalit dengan skandalnya sendiri.

“Undang-undang represif yang menyekat kebebasan sivil masih digunakan oleh kerajaan untuk menekan pengkritik seperti Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan sebagainya,” katanya.

Tambah kenyataan itu, keputusan PRN Sabah lalu merupakan peringatan dan isyarat kepada kerajaan bahawa isu integriti dan tadbir urus baik tidak lagi boleh dipandang ringan.

The post C4 Center saran kerajaan laksanakan reformasi, tadbir urus baik appeared first on Info Sinar.

Khutbah di Perak sentuh isu rasuah
IPOH – Jenayah rasuah yang tidak dibendung akan merosakkan pentadbiran dan memusnahkan negara.

Perkara itu ditegaskan menerusi khutbah Jumaat di seluruh masjid dan Surau Diri Jumaat di Perak pada Jumaat.

Menurut teks khutbah berkenaan, lebih membimbangkan, jenayah rasuah yang berlaku di negara ini dilaporkan semakin meningkat.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), sebanyak 833 tangkapan telah dilakukan antara Januari sehingga November tahun 2021 malah secara hakikatnya, jenayah rasuah berlaku dipercayai lebih tinggi daripada angka tangkapan tersebut.

“Pelaku rasuah terdiri daripada petugas-petugas sektor awam dan sektor swasta, termasuk dalam kalangan pengurusan tertinggi dan profesional serta pemimpin politik.

“Jenayah rasuah merupakan barah yang sedang membiak kerana terdapat pihak-pihak yang telah dipengaruhi sikap haloba hingga bersedia menggadaikan maruah dan harga diri untuk mendapat keuntungan peribadi bersifat sementara,” jelas teks khutbah tersebut.

Menurut teks khutbah berkenaan, barah rasuah yang sedang menular wajib segera diubati malah Islam menegah perbuatan rasuah sama ada perbuatan menerima begitu juga memberi termasuk yang bersubahat.

Jelas teks khutbah itu, walaupun pelbagai undang-undang digubal, langkah pencegahan serta tangkapan dilakukan, masih terdapat individu yang luntur ketahanan diri dan iman ketika disogok selain mereka yang terdesak mahukan sesuatu, sanggup menyogok pihak tertentu dengan memberi rasuah.

Menerusi ayat 188 Surah al-Baqarah menunjukkan ALLAH SWT secara langsung memberikan peringatan bahawa orang-orang yang memberi rasuah dan memakan harta dengan cara yang salah sebenarnya sedia mengetahui perbuatan mereka adalah salah.

“Persoalan yang perlu dilontarkan ialah, walaupun manusia sedar perbuatan rasuah atau mengambil sebahagian daripada harta manusia itu berdosa, kenapa masih ada yang tergamak melakukan perbuatan keji tersebut.

“Oleh itu manusia wajib sedar dan disedarkan, tanpa iman yang kukuh, akal yang sihat, moral yang padu dan prinsip yang jitu, manusia mudah tergoda dengan umpan rasuah,” kata teks khutbah tersebut.

Menerusi khutbah tersebut, umat Islam dengan tegas perlu dididik dan diasuh untuk memiliki daya tahan dan kekuatan dalaman agar tidak mudah terjerumus dalam kancah rasuah.

Pada masa sama, pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan hendaklah membuktikan kesungguhan memerangi dan menghapuskan rasuah bermula dengan para pemimpin menunjukkan contoh teladan yang baik, penguat kuasa melaksanakan tugas tanpa pilih kasih serta hakim dan mahkamah melakukan pengadilan berdasarkan hukum serta bukti tanpa gentar.

The post Khutbah di Perak sentuh isu rasuah appeared first on Info Sinar.

OACP dilaksana secara kolektif tangani rasuah
IPOH – Usaha memerangi rasuah memerlukan evolusi berterusan selari dengan perubahan semasa jenayah yang semakin sofistikated.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pelakuan rasuah merupakan perbuatan menerima atau memberi suapan sama ada dalam bentuk wang atau hadiah sehingga mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu berkaitan tugas rasmi.

Menurutnya, perbuatan itu menjalar setiap masa hinggakan perasuah sudah lali dengan pendekatan lama kerajaan dalam menangani isu tersebut.

“Mendepani cabaran ini, kita perlu memastikan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang hendak dilaksanakan ini benar-benar ampuh.

“Pelan ini sarat dengan perancangan inisiatif tetapi isu pokoknya adalah bagaimana kita hendak melaksanakannya agar ia benar-benar mampu menyekat kegiatan rasuah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran OACP Jabatan Mufti Perak secara maya di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Saarani berkata, sesebuah organisasi akan lebih berjaya sekiranya inisiatif yang dirancang dalam OACP dilaksanakan secara kolektif.

“Ia memerlukan komitmen kita secara menyeluruh. Tanpa pelaksanaan yang tuntas, pelan ini bukan sahaja menjadi sia-sia malah sistem organisasi akan tergendala.

“Tahniah Jabatan Mufti membangunkan OACP yang akan menjadi perisai di peringkat jabatan bagi menangkis isu-isu berkenaan kelemahan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dalam organisasi,” katanya.

The post OACP dilaksana secara kolektif tangani rasuah appeared first on Info Sinar.

MBI fokus enam bidang utama perangi rasuah
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memfokuskan kepada enam bidang utama dalam usaha memerangi rasuah di peringkat organisasinya menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bidang tersebut ialah Tadbir Urus, Khidmat Pengurusan, Kewangan dan Perolehan, Perancangan dan Pembangunan Bandaraya, Pelesenan serta Penguatkuasaan dan Perkhidmatan.

Rumaizi berkata, beliau yakin dengan komitmen semua pihak, pelan tersebut dapat memacu MBI melaksanakan segala proses penyampaian perkhidmatan dengan lebih sistematik, dinamik, efisien dan berintegriti.

“Kepentingan meletakkan budaya berintegriti di tahap tertinggi bukan sesuatu yang baharu. Ia menjadi keutamaan dalam hidup kita sepanjang masa.

“Namun, apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kelangsungan kepentingan awam.

“Maka adalah penting bagi anggota MBI melaksanakan segala amanah dengan sebaiknya supaya tahap kepercayaan warga kota Ipoh terhadap anggota MBI tidak terjejas sehingga boleh mengganggu kestabilan, keselamatan dan keharmonian bandar raya Ipoh,” katanya ketika berucap pada pelancaran OACP MBI 2021-2025 dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad secara maya di sini pada Khamis.

Rumaizi berkata, IBR itu akan dilaksanakan kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan dari semasa ke semasa sebagai tanda komitmen terhadap membanteras isu rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Inisiatif MBI untuk membangunkan seterusnya melancarkan Pelan Antirasuah MBI diyakini akan bertindak sebagai satu langkah ke depan yang lebih komprehensif dalam melahirkan anggota MBI berintegriti tinggi dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

“Kerja-kerja ini tidak akan berhenti setakat ini kerana ia merupakan program yang berterusan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, OACP hendaklah dijadikan panduan kepada seluruh warga MBI untuk memperkukuhkan nilai jati diri daripada terjebak dengan jenayah rasuah serta pelanggaran integriti.

“MBI harus komited mendukung aspirasi berkenaan dan seterusnya membangunkan pelan antirasuah ini sebagai salah satu langkah kawalan dalaman.

“OACP adalah usaha MBI untuk menangani risiko perlakuan jenayah rasuah dan pelanggaran integriti oleh warga kerjanya dan seterusnya memperkukuhkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan MBI kepada masyarakat,” katanya.

The post MBI fokus enam bidang utama perangi rasuah appeared first on Info Sinar.

JAIPk lancar OACP elak kakitangan terjebak gejala rasuah
IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 dengan fokus meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti dalam kalangan kakitangan jabatan itu.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pelan itu akan membantu institusi tersebut mengukuhkan isu tadbir urus (governan), integriti dan antirasuah melalui pematuhan undang-undang.

Menurutnya, walaupun pihaknya dilihat sebagai jabatan yang bersih, namun mereka tidak terlepas daripada terdedah kepada sebarang amalan rasuah.

“Sebagai jabatan kerajaan sudah tentu tidak terlepas terdedah dengan gejala ini. Ada ruang-ruang seperti di institusi kewangan, perkahwinan misalnya nikah, perkara itu (rasuah) boleh terjadi jika ada pihak yang mengambil kesempatan.

“Justeru, kita akan cuba elakkan. Selain Ikrar Bebas Rasuah, OACP ini mudah-mudahan dapat membantu mengawal kami daripada terjebak dengan gejala rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Jabatan Agama Islam Perak yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Mohd Yusop berkata, JAIPk tidak akan berkompromi sekiranya terdapat anggotanya terlibat dalam gejala itu dan akan bekerjasama dengan SPRM untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Saarani berkata, JAIPk menjadi jabatan dalam kerajaan negeri pertama mengadakan inisiatif mewujudkan pelan terbabit.

“Tiada sasaran ditetapkan, namun diharapkan bilangan penjawat awam terlibat amalan rasuah ini adalah sifar.

“Bukan sahaja penjawat awam, nasihat untuk diri sendiri juga yang mana kita semua perlu berhati-hati dan mengelakkan diri terlibat dalam sebarang bentuk amalan rasuah,” katanya.

The post JAIPk lancar OACP elak kakitangan terjebak gejala rasuah appeared first on Info Sinar.

Si pelaku ‘pesakit mental’
HILANGNYA nilai integriti dalam disiplin psikologi pada pelaku rasuah boleh dikategorikan sebagai ‘pesakit mental’ yang mengalami kecelaruan minda.

Pengerusi Makmal Media Sosial Kebangsaan (Meso), Dr Kamarulzzaman Ahmad berkata, integriti ialah dimensi moral yang wujud secara intrinsik, manakala rasuah pula berlaku apabila hilangnya amanah dalam diri pelaku.

Menurutnya, antara faktor yang mendorong rasuah adalah monopoli politik dan ekonomi yang tinggi, birokrasi yang rumit, komitmen masyarakat yang rendah, tahap pendidikan yang lemah, kemiskinan serta tamak.

“Robert Klitgaard, seorang profesor ekonomi Amerika yang membuat kajian rasuah dalam bukunya berjudul Controlling Corruption (1988) menulis, rasuah akan berlaku apabila habuan yang diperoleh si perasuah lebih tinggi daripada jumlah denda serta kemungkinan dia ditangkap dan dihukum.

“Jumlah rasuah bergantung pada tiga pemboleh ubah iaitu monopoli terhadap pembekalan barangan atau perkhidmatan, rundingan langsung yang dinikmati pembekal dan akauntabiliti serta kebertanggungjawaban pembekal.

“Namun semua itu tidak menyebabkan rasuah terjadi secara automatik sebaliknya ia terjadi apabila hilangnya integriti,” katanya.

Kamarulzzaman berkata, integriti dan etika adalah dua elemen berbeza meskipun ia saling berkait rapat.

“Etika mempunyai dimensi sosial yang boleh dilihat secara jelas, manakala integriti pula dikenali melalui kejujuran dalam melakukan perkara yang benar. “Gejala rasuah sukar dibendung apabila penerima dan pemberi sentiasa berpakat untuk melakukan jenayah tersebut ketika tidak ada mata lain yang melihat.

“Integriti dipelajari secara formal dan tidak formal. Undang-undang yang keras tidak mampu mengurangkan rasuah secara berkesan sekiranya nilai integriti individu tidak disemai dan diangkat sebagai nilai hidup masyarakat,” katanya.

Tegasnya, pengukuhan nilai integriti melalui pendidikan yang berterusan dapat membentuk persepsi, tingkah laku dan tabiat yang benar.

“Inilah cabaran utama yang perlu ditangani bersama oleh kita semua demi membina sebuah masyarakat yang berintegriti,” katanya.

Kamarulzzaman berkata, rasuah sistemik berlaku disebabkan kelemahan dalam sistem pengurusan dan kepimpinan sesebuah organisasi terutama entiti pemerintahan.

“Rasuah berlaku dari skala kecil ketika pegawai-pegawai kerajaan berurusan dengan orang awam atau penguatkuasaan dan sebagainya, manakala rasuah besar pula berlaku di peringkat pentadbiran atasan.

“Rasuah sistemik yang dilakukan secara berjemaah memberi kesan kepada masyarakat dan sering terjadi di negara-negara yang berada di bawah rejim pemerintahan kleptokrat, oligarki dan mafia,” jelasnya.

Beliau berkata lagi, rasuah membawa kesan negatif secara langsung dan tidak langsung kepada setiap anggota masyarakat dan pelakunya.

“Ia mengakibatkan kebocoran dan penyimpangan dana pembangunan awam serta mendorong orang awam untuk tidak membayar cukai, sekali gus mengurangkan hasil kutipan negara.

“Pada tahun 2018, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan dunia mengalami rugi sebanyak AS$3.6 trilion setahun akibat rasuah.

“Bayangkan berapa banyak sekolah, hospital, jalan raya, saliran air, elektrik dan capaian internet yang boleh dibina di seluruh dunia dengan wang sebesar itu,” katanya.

The post Si pelaku ‘pesakit mental’ appeared first on Info Sinar.