FARAH SHAZWANI, Author at Info Sinar

Ketirisan gagalkan perancangan kerajaan
KUALA TERENGGANU – Dasar dan perancangan kerajaan yang baik dalam usaha memajukan negara tidak akan berjaya sekiranya berlaku ketirisan di peringkat pelaksanaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbuatan itu itu bukan sahaja merugikan rakyat, malah turut menjadi penghalang kepada pembangunan sesebuah negara.

Beliau berkata, ketirisan itu termasuk penyelewengan dan amalan rasuah yang perlu dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi agar ia tidak terus menjadi ‘duri dalam daging’ dalam kehidupan, sekali gus merosakkan masyarakat dan generasi akan datang.

“Disebabkan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memberikan komitmen dalam membanteras rasuah di semua peringkat pelaksanaan.

“Ia termasuk pendirian kerajaan yang tidak akan campur tangan apabila melibatkan kes rasuah dengan memberikan sepenuh keyakinan kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“Begitu juga di peringkat kehakiman, tiada gangguan dan campur tangan daripada pihak kepimpinan agar proses perundangan dan keadilan boleh berjalan secara telus,” katanya.

Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, rasuah mempunyai kaitan rapat dengan penghayatan agama bagi setiap individu.

Menurutnya, pegangan agama merupakan elemen penting yang mempengaruhi seseorang itu untuk mempunyai kawalan diri yang baik serta mampu menghayati ajaran agamanya.

“Bagi orang Islam, kita tahu dan percaya bahawa walaupun di sekeliling kita mungkin tidak ada mata yang melihat dan tidak ada telinga yang mendengar, tetapi ALLAH ada melihat dan mendengar.

“Jika kita tahu dan beringat, sudah tentu kita akan takut untuk mengamalkan rasuah kerana sedar akan azab dan pembalasan yang akan diterima,” katanya.

The post Ketirisan gagalkan perancangan kerajaan appeared first on Info Sinar.

Hukuman lebih tegas terhadap pesalah rasuah
KUALA TERENGGANU – Penguatkuasaan dan hukuman terhadap pesalah rasuah perlu dipertingkatkan bagi membendung masalah itu daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, masalah itu tidak akan berkesudahan melainkan hukuman dan penguatkuasaan lebih tegas dikenakan sehingga menimbulkan kegerunan masyarakat terhadap rasuah.

Menurutnya, rasuah jika tidak dibendung boleh menghancurkan sebuah negara selain menjejaskan imej negara di mata dunia.

“Jika ingin menjadi negara maju, kita perlu hapuskan gejala rasuah.

“Kita harap penguatkuasaan ini dapat dijalankan sebaik mungkin dengan lebih tegas terhadap pesalah rasuah.

“Selain itu hukuman sedia ada mungkin perlu ditambah dan diperketatkan lagi supaya ia benar-benar membuatkan rakyat takut untuk terlibat dengan rasuah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha untuk membendung gejala rasuah dalam negara ini.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral daripada rakyat untuk rakyat dan negara tanpa sebarang agenda politik.

Bazlan turut memuji usaha yang digerakkan oleh Sinar Harian dan mengharapkan lebih banyak syarikat korporat dan agensi media yang turut sama menggembleng usaha dalam memerangi gejala rasuah.

The post Hukuman lebih tegas terhadap pesalah rasuah appeared first on Info Sinar.

Bijak pandai berintegriti yang berhijrah keluar
KUALA TERENGGANU – Negara kehilangan ramai golongan bijak pandai yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kecewa dengan masalah rasuah dan pentadbiran.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia telah membawa Malaysia berdepan situasi ‘brain drain’ yang menyebabkan negara kehilangan ramai golongan bijak pandai.

Menurutnya, apa yang lebih jelas, ia telah membuktikan bahawa ramai dalam kalangan golongan bijak dan berintegriti turut kecewa dengan perilaku rasuah serta pentadbiran yang gagal sehingga tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada sistem dan kerajaan.

“Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang sebelum ini mengambil keputusan meletak jawatan sebelum kontraknya berakhir, telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat minyak global utama yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat (AS) iaitu ExxonMobil.

“ExxonMobil merupakan syarikat yang hanya memilih orang berkemampuan tinggi. Ini merupakan satu kerugian buat Malaysia dan keuntungan buat Amerika,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas Raja Kamarul Bahrin, tidak lama dahulu, Tan Sri Mohd Hassan Marican yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas juga bertindak meletak jawatan dari Petronas.

Beliau kemudiannya dilantik untuk berkhidmat dalam beberapa syarikat utama di bawah kerajaan Singapura seperti Temasek dan beberapa syarikat terutama Jepun yang beroperasi di Singapura.

“Amerika adalah kuasa ekonomi terbesar di dunia dan Singapura adalah ekonomi harimau utama Asia bersama-sama dengan China.

“Mengapa individu yang hebat dalam kalangan orang Melayu ini mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat besar yang berada di kedudukan 100 terbaik dalam senarai ranking dunia antarabangsa ‘Fortune 100’ seperti Petronas di saat negara kita amat memerlukan anak watan yang bijak dan berkebolehan?,” soalnya.

Jelas beliau, Malaysia kini sudah hampir terlambat kerana rasuah adalah pandemik yang lebih lama mengancam negara berbanding Covid-19 sekali gus merosakkan negara untuk satu tempoh yang panjang.

“Selagi mana budaya rasuah tidak dihapuskan, Malaysia akan terus merudum dalam perlumbaan kemajuan ekonomi di Asia, tewas kepada negara jiran dan ditinggalkan oleh rakyat kita sendiri yang berhijrah kerana pandemik ‘rompakan’ dan kerakusan kuasa terlalu berleluasa di Malaysia,” katanya.

The post Bijak pandai berintegriti yang berhijrah keluar appeared first on Info Sinar.

Masyarakat kabur definisi rasuah
KUALA TERENGGANU – Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kabur dengan definisi rasuah dan berpandangan ia sekadar memberi dan menerima rasuah.

Bagaimanapun, amalan rasuah itu sebenarnya mudah difahami iaitu semudah abjad A,B, C dan D.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Izham Ahmad berkata, rasuah merangkumi ambil (A), beri (B), ‘claim’ (C) atau tuntutan palsu dan duduk (D) iaitu salah guna kedudukan.

Beliau yang turut menyokong gerakan membasmi rasuah berkata, kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa adalah satu usaha ke depan oleh agensi media dalam menangani isu itu yang masih tidak berkesudahan.

“Gerakan untuk membasmi rasuah ini perlu dilakukan setiap hari agar ia menjadi peringatan kepada semua pihak.

“Masalah salah guna kedudukan misalnya sangat berleluasa. Ia bukan sekadar memberi duit RM10 dan mereka yang terlibat bebas melakukan salah laku.

“Tapi ia melibatkan kedudukan yang mana ini berkait rapat dengan integriti.

“Sebab itu saya rasa kerajaan perlu memulakan tindakan yang lebih ketat dan berat, mungkin boleh sampai satu tahap, kita boleh perkenalkan atau perketatkan undang-undang sehingga hukuman mati. Kita kena lebih tegas dalam soal ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Solidariti tingkatkan sistem nilai tadbir urus

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral dari rakyat untuk rakyat dan negara tanpa sebarang agenda politik.

Sementara itu, Mohd Izham berkata, pihaknya mengharapkan lebih banyak pihak dan syarikat korporat termasuk agensi media sendiri untuk tampil dan menggerakkan kempen sifar rasuah.

“Apa yang paling penting tentang rasuah adalah kebersamaan dan kesungguhan kita dalam menanganinya. Ia bukan kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja tetapi semua pihak,” katanya.

The post Masyarakat kabur definisi rasuah appeared first on Info Sinar.