Home Koronavirus Usahawan Muslim perlu ada ekosistem perniagaan terbaik

Usahawan Muslim perlu ada ekosistem perniagaan terbaik

0
Usahawan Muslim perlu ada ekosistem perniagaan terbaik

SHAH ALAM – Usahawan perlu mempunyai ekosistem perniagaan terbaik untuk memajukan perusahaan terutama ketika mendepani pasca penularan koronavirus (Covid-19).

Presiden Kumpulan Mofaz Sdn Bhd, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, usahawan perlu merebut peluang yang ada dengan perancangan teliti dan menggunakan pengalaman yang diperoleh sebelum ini.

“Mereka perlu mempunyai perancangan dan strategi terbaik serta melantik orang yang bertauliah untuk melaksanakan perancangan yang disusun bagi mengukuhkan perniagaan.

“Jika kita mempunyai ekosistem begitu, saya yakin ramai usahawan yang akan maju.

“Banyak hikmah yang diperoleh selepas dunia dilanda Covid-19,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Al-Quran Siri 1 bertajuk Impak Covid-19: Tenggelam Dalam Debu anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Studio F, Bangunan Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Wacana al-Quran tersebut turut dibarisi panel Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan dikendalikan oleh Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan qari jemputan, Husaini Mahmur. Mohamed Fauzy menegaskan, ketika ini jaringan di semua peringkat perniagaan perlu diperkuatkan.

“Tidak semestinya material yang ada nilai kerana talent juga memacu kepada kemajuan sesebuah perniagaan,” katanya.

Mohamed Fauzy turut berkongsi kejayaannya membangunkan perniagaan selama 43 tahun.

“Alhamdulillah, dua minggu sebelum Covid-19 diisytiharkan sebagai satu bencana alam, Mofaz menyambut ulang tahun ke-43 tahun pada Februari lalu dan kami tukar tagline, A New Beginning. “Sebagai pengusaha memang ada masalah, selalunya menggunakan jalan kanan tetapi ketika Covid-19, kami guna jalan kiri, jalan tengah dan jalan belakang,” katanya.

Merujuk kepada dirinya, kata beliau, kadangkala orang korporat membaca al-Quran tetapi jarang sekali membaca, memahami dan mengamalkannya.

“Ketika program Quran Time, hati saya tersentuh kerana banyak benda yang saya tidak faham dahulu ‘dibuka’. Ia satu hidayah kepada saya.

“Contohnya ketika menempuhi masalah, ia terasa pahit bagi kita tetapi dalam al-Quran, kita tidak boleh berputus asa. Kalau tidak buat hari ini, tiga tahun lagi kita akan menyesal,” katanya. Bagaimanapun, dalam konteks korporat, mengambil peluang dalam persekitaran sekarang adalah jalan terbaik. “Banyak peluang baharu antaranya perniagaan penghasilan produk kesihatan, sarung tangan, pelitup muka.

“Sebagai pengusaha dan usahawan, kita perlu mencari peluang daripada cabaran yang dilalui,” katanya.

Tambahnya, jika dekat dengan al-Quran, ia adalah satu pembersihan akhlak dan amat mustahak untuk umat Islam memahami al-Quran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here