Home Koronavirus Penjara Kelantan tingkat SOP kendali banduan

Penjara Kelantan tingkat SOP kendali banduan

0
Penjara Kelantan tingkat SOP kendali banduan

KOTA BHARU – Jabatan Penjara Kelantan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian banduan di negeri ini bagi mengekang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dengan mengambil iktibar kes di Penjara Alor Setar.

Pengarahnya, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, SOP yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan, namun diperketatkan lagi sebagai persediaan mengekang penularan Covid-10 di penjara di negeri ini.

Menurutnya, di Kelantan terdapat 5,000 tahanan yang ditempatkan di tiga lokasi iaitu di Penjara Pengkalan Chepa, Penjara Machang dan pusat tahanan parol di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, pihak penjara telah melakukan pengasingan dan kuarantin selama 14 hari terhadap banduan baharu.

“Walaupun kita berada dalam musim Covid-19, tetapi setiap masa kita sentiasa menerima kemasukan banduan dan reman yang baharu sehingga berlaku kesesakan di penjara.

“Setiap hari lebih kurang 100 banduan baharu yang masuk, kita peru lebih berhati-hati dan di sinilah meskipun berlaku kesesakan penghuni tetapi kami tetap mengikuti SOP secara total,” katanya kepada pemberita di Penjara Pengkalan Chepa hari ini.

Terdahulu beliau menerima sut peralatan perlindungan diri (PPE), pelindung muka, cecair pembasmi kuman daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan sumbangan kewangan dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) serta Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kelantan.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Ts Dr Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Profesor Ts Dr Arham Abdullah dan Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Mohamad.

Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Penjara Alor Setar esok untuk digunakan bagi mengendalikan kes Covid-19 di sana.

Mengulas lanjut, Mat berkata, pihak penjara tidak membenarkan ahli keluarga melawat banduan baharu dalam tempoh kuarantin dan juga mengehadkan waktu lawatan supaya tidak terdedah kepada jangkitan.

“Selain itu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan, ujian swab juga dijalankan secara berkala terhadap penghuni di penjara-penjara.

“Sama-sama kita doakan agar pandemik ini tidak berlaku di penjara-penjara di Kelantan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banduan meninggal dunia kerana Covid-19

6 penjara catat kes aktif Covid-19, Penjara Alor Setar tertinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here