Home Rasuah Busters [VIDEO] Perlu pandai beza antara ganjaran, rasuah untuk anak-anak

[VIDEO] Perlu pandai beza antara ganjaran, rasuah untuk anak-anak

[VIDEO] Perlu pandai beza antara ganjaran, rasuah untuk anak-anak

SHAH ALAM – Ibu bapa perlu pandai membezakan antara ganjaran dan rasuah bagi mengelakkan berlaku unsur tidak baik itu dalam kalangan anak-anak di rumah.

Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli berkata, ramai ibu bapa yang gagal membezakan perkara tersebut sekali gus menyebabkan anak-anak terdedah kepada rasuah.

“Ganjaran itu adalah sesuatu yang bersyarat iaitu dikawal oleh ibu bapa dan dirancang dengan baik. Contohnya nak pergi majlis kahwin, ibu bapa dah pesan kepada anak-anak supaya jaga kelakuan dan akan hadiahkan sesuatu. Itu dinamakan ganjaran.

“Rasuah pula berlaku apabila ia tanpa dirancang. Pergi majlis kahwin dan tiba-tiba anak meronta-ronta buat perangai dan ibu bapa bagi gajet untuk menenangkan anak. Ia tanpa dirancang dan sangat bahaya kerana ia permulaan kepada rasuah.

“Bagi kanak-kanak, apa yang berlaku dalam otak mereka adalah dia dapat hadiah pada tingkah laku yang tidak baik. Anak-anak sudah belajar tindakan meronta-ronta itu adalah sesuatu yang ‘baik’ dan dia dapat apa yang dimahukan.

“Perkara ini yang perlu diubah oleh ibu bapa untuk mengelakkan elemen rasuah ini berlaku bermula di rumah,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rumah Punca Rasuah Bermula’ pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak termasuk ibu bapa juga perlu bijak untuk mendidik anak mengenai rasuah melalui pelbagai cara untuk lebih memahamkan mereka.

“Di sekolah misalnya mungkin boleh dibuat aktiviti ‘role play’ seperti berjual beli. Tunjukkan situasi seperti beri duit tepi ketika aktiviti tersebut dan tanya mereka betul atau tidak tindakan itu.

“Selitkan sedikit emosi di situ supaya dia tahu apa yang dirasai apabila buat macam itu. Mungkin persoalan timbul kenapa ada duit tepi dan kita sudah uji anak-anak di situ. Inilah latihan untuk mengajar anak mengenai halal atau haram dan keburukan rasuah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here