KAJANG – Tema kempen Rasuah Busters iaitu ‘Mak Kata Jangan’ digunakan kerana ibu merupakan individu yang cukup istimewa.
Pasukan Teras, Anas Zubedy berkata, istimewa seorang ibu itu melibatkan semua kaum di negara ini seperti Melayu, Cina dan India.
“Kita tidak mahu melukakan hati ibu kita…secara automatik mereka yang mahu memberi atau mengambil (rasuah) akan memikirkan ibunya walaupun ibu itu sudah meninggal dunia,” katanya di sini pada Jumaat.
Tegas Anas, pemilihan watak mak itu juga kerana difikirkan mudah diserapkan ke dalam pemikiran atau minda masyarakat Malaysia.
“Apabila ada individu yang mendepani rasuah dari segi pemberian dan penerimaan, dia akan teringat ‘mak kata jangan’.
“Jadi kita cari cara paling mudah yang saya harap orang boleh ingat,” kata Anas.
Tambah beliau, tema atau strategi kempen Rasuah Busters itu juga akan bertukar-tukar.
ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan Rasuah Busters boleh jadi penggerun