Home Rasuah Busters 'Semakin tinggi jawatan, semakin perlu kita bersujud'

'Semakin tinggi jawatan, semakin perlu kita bersujud'

0
'Semakin tinggi jawatan, semakin perlu kita bersujud'
Mohamad Zarifi

SHAH ALAM – Pemimpin di negara ini perlu kembali bersujud kepada ALLAH SWT untuk memastikan tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral termasuk mengamalkan rasuah.

Pendakwah, Mohamad Zarifi Mohamad Daud berkata, pemimpin juga tidak boleh sombong dan ego kerana jawatan yang diperoleh itu adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sebagai pemimpin jangan kita sombong. Jawatan dan kedudukan yang kita dapat itu merupakan satu perkara tanggung di dunia dan jawab di hari akhirat nanti.

“Dalam surah Al-Sajdah ayat ke-15 dan ke-16, ALLAH SWT memberikan solusi kepada kita bagaimana untuk mengatasi kesombongan dan keegoan iaitu dengan memperbanyakkan sujud kepada ALLAH.

“Wahai pemimpin, makin tinggi jawatan dan kedudukan, kena makin banyak bersolat dan makin sujud kepada ALLAH. Apabila kita sujud kepada ALLAH baru kita faham, kita ini hamba dan apa yang ada dia tubuh ini adalah pinjaman semata.

“Pemimpin juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka berkhidmat kepada orang di bawah, kalau tidak berkhidmat apatah lagi memakan rasuah dan harta yang haram ia adalah satu dosa. Dalam riwayat kata, orang beri rasuah dan terima rasuah duduk dalam neraka,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters ‘Merdekakan Aku’ bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, agenda utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak dan juga pemimpin di negara ini adalah membawa semula adab Islam dan nilai ketimuran dalam masyarakat.

“Kita sedih dengan pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebab itu kita perlu memulakan agenda pendidikan ini di masjid dan surau.

“Jika rakyat atau pemimpin faham tentang makna solat, mereka sudah tentu tidak sentuh perkara haram. Dalam masa sama, pemimpin perlu mainkan peranan solat berjemaah dengan rakyat setiap masa.

“Agenda solat dalam kalangan rakyat ini akan memberikan kekuatan kepada masyarakat. Sebab itu ALLAH sebut solat itu dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here