Home Rasuah Busters Sektor industri negara perlu bersih, elak ketirisan, salah guna kuasa

Sektor industri negara perlu bersih, elak ketirisan, salah guna kuasa

0
Sektor industri negara perlu bersih, elak ketirisan, salah guna kuasa

SHAH ALAM – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan sektor industri di negara ini bersih daripada sebarang bentuk ketirisan dan salah guna kuasa.

Ia susulan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan pada 23 Mac hingga 24 Mac lalu telah memfokuskan kepada lapan industri terpilih dan mendapati industri terbabit dilihat berpotensi berlaku rasuah disebabkan ketirisan di peringat pemberian tender, kompleksiti birokrasi, ‘political interference’, pengurusan, regulasi dan sistem kawalan yang lemah.

Lapan industri itu antaranya industri kreatif; telekomunikasi; kumpulan etnik orang asli; transaksi hartanah; institusi Mahkamah Syariah, wakaf, zakat dan masjid; sektor penjagaan kesihatan; sektor pertahanan dan sektor perhutanan.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin yang berkesempatan hadir pada persidangan tersebut berkata, rekomendasi yang dikemukakan para penyelidik juga secara umumnya memberi penekanan kepada pemerkasaan aspek perundangan, operasi, sistem teknologi maklumat, kepimpinan dan implementasi.

Katanya, justeru inisiatif yang digerakkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) itu merupakan satu usaha yang amat baik dan memerlukan pendekatan holistik serta bersepadu.

“Ini penting bagi memastikan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa universiti yang mengambil bahagian dapat diaplikasikan sebagai sebuah solusi kepada isu integriti, governans dan rasuah di dalam lapan industri berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Tambah Nurhayati, isu etika dan penerapan nilai yang menjunjung ketelusan serta keikhlasan dalam melaksanakan tugas juga merupakan perkara asas untuk membina institusi yang berintegriti.

Menurutnya, pensejajaran misi dan kerjasama pihak agensi, pemegang taruh dan masyarakat sivil amat signifikan dalam memastikan inisiatif yang dirancang menjadi lebih efisien, sekali gus memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara.

“Kita tidak ada masa lagi untuk sekadar tunggu dan lihat. Masing-masing perlu berperanan dalam memastikan industri kita bersih daripada sebarang bentuk ketirisan dan salah guna kuasa.

“Meskipun kajian risiko rasuah dijalankan ke atas lapan industri di peringkat ini, kita yakin bahawa industri-industri lain juga wajar mengambil manfaat daripada hasil kajian tersebut untuk mengatasi kelompongan dan responsif untuk melaksanakan rangka strategi bagi menangani permasalahan integriti, governans dan rasuah.

“Persepsi masyarakat dan dunia amat perlu untuk kita memulihkan kembali tahap ekonomi dan sosial negara. Pembinaan #MalaysiaTanpaRasuah hanya akan berlaku jika rantaian rasuah ini dapat kita hentikan bersama-sama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here