Home Rasuah Busters Sekretariat desak kerajaan laksana tiga tuntutan bebas rasuah

Sekretariat desak kerajaan laksana tiga tuntutan bebas rasuah

0
Sekretariat desak kerajaan laksana tiga tuntutan bebas rasuah
Sekretariat Himpunan Rakyat Benci Rasuah gesa kerajaan melaksanakan tiga tuntutan utama bagi memastikan politik negara benar-benar bersih dan bebas daripada gejala rasuah. Gambar hiasan

SHAH ALAM– Sekretariat Himpunan Rakyat Benci Rasuah gesa kerajaan melaksanakan tiga tuntutan utama bagi memastikan politik negara benar-benar bersih dan bebas daripada gejala rasuah.

Setiausahanya, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, tuntutan berkenaan melibatkan pemisahan Jabatan Peguam Negara (AGC) daripada Pejabat Perdana Menteri, membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kawalan eksekutif serta mewujudkan Akta Pendanaan Politik.

Menurutnya, langkah tersebut amat penting kerana rakyat kini semakin hilang keyakinan terhadap kesungguhan kerajaan menangani isu rasuah dan integriti institusi kehakiman.

“Sekretariat masih berharap agar tiga perkara ini dapat dilaksanakan segera.

“Jika tidak, ia memberi gambaran kerajaan tidak komited dalam menjadikan pentadbiran negara lebih telus dan bebas daripada pengaruh politik,” katanya pada Rabu.

Jelasnya, selagi struktur kuasa tidak diubah, sebarang usaha memerangi rasuah akan dilihat hanya retorik dan tidak mampu menyelesaikan masalah secara menyeluruh.

“Tiga tuntutan ini bukan sesuatu yang baharu. Ia pernah dibangkitkan dan dijanjikan sendiri oleh kerajaan, jadi rakyat berhak melihat ia dilaksanakan dengan jelas,” katanya.

Sekretariat turut menegaskan, penubuhan Akta Pendanaan Politik menjadi keutamaan kerana ia dapat mengawal sumber kewangan parti politik selain mengelak amalan membeli sokongan melalui dana luar.

Selain itu, kebebasan SPRM daripada eksekutif juga dianggap perlu bagi memastikan suruhanjaya itu dapat menjalankan tugas tanpa campur tangan politik, seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Jika kerajaan benar-benar serius mahu membersihkan imej politik Malaysia, inilah masanya untuk membuktikan kesungguhan. Jangan biarkan janji tinggal janji,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here