Home Rasuah Busters Rakyat Malaysia adalah 'bos' PRU15

Rakyat Malaysia adalah 'bos' PRU15

0
Rakyat Malaysia adalah 'bos' PRU15
Hussammuddin ketika berucap Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 – Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa. – Foto sinar Harian/ Rosli Talib

SHAH ALAM – Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan peluang untuk rakyat memilih calon terbaik yang akan memimpin negara.

Beliau berkata, pemimpin tidak lagi boleh dianggap sebagai bos tetapi rakyat sebenarnya yang layak mendapat pengiktirafan itu.

“Sebagai rakyat Malaysia sebenarnya kita adalah bos kau..kita yang memilih siapa yang hendak jadi pemimpin kita. Selama ini kita ikut pemimpin.

“Sebenarnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus memilih orang yang paling baik untuk memimpin negara kita.

“Jadi, inilah peluang yang kita ada melalui PRU15 ini kita seharusnya ambil tanggungjawab untuk buat pilihan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 – Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here