Home Rasuah Busters PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual

PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual

0
PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual
Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters dengan kerjasama Astro Awani menganjurkan Program Malaysia Berdoa pada Jumaat jam 9 malam.

SHAH ALAM – Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa sebagai solusi spiritual mengembalikan semua urusan bagi pemilihan pemimpin negara ini kepada ALLAH SWT pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, sudah tiba masanya semua urusan dikembalikan kepada ALLAH SWT dan memohon campur tangan agar Malaysia dianugerahkan pemimpin yang berintegriti, berilmu, kuat dan bertakwa.

“Malaysia Berdoa mengajak rakyat untuk menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang berintegriti dengan berpandukan al-Quran dan Hadis pada PRU15 19 November 2022.

“Malaysia Berdoa menjadi solusi spiritual buat semua pengundi berkeadaan bertenang agar berfikiran jelas dalam membuat keputusan yang betul untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang mentadbir negara mengikut syariat ALLAH SWT,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Marhaini menjelaskan, inisiatif berkenaan adalah wajar selepas semua pihak terlibat melalui proses PRU15 bermula dengan penamaan calon, apabila menyaksikan parti politik bertungkus lumus berkempen memenangi hati rakyat.

“Bermula dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 dan penamaan calon (5 November), rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang akan mentadbir negara selama lima tahun.

“Manakala, pengundian awal dijalankan bagi anggota dan pasangan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat undi pada 15 November lalu,” katanya.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Awani itu akan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, QuranHour dan Rasuah Busters pada Jumaat jam 9 malam.

Pengisian program menampilkan Pentadabbur Al-Quran, Fazrul Ismail, Pentadabbur Hadith, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Qari oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M, Ustaz Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here