Home Rasuah Busters PRU15: Isytihar harta bukti PKR serius tangani rasuah

PRU15: Isytihar harta bukti PKR serius tangani rasuah

0
PRU15: Isytihar harta bukti PKR serius tangani rasuah
Aminuddin beramah mesra dengan salah seorang pengundi di Parlimen Port Dickson.

SEREMBAN – Pengisytiharan harta yang diwajibkan kepada semua calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan parti itu serius dalam membanteras perbuatan rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cara itu dapat memberi lebih keyakinan kepada rakyat dalam memilih pemimpin mereka.

“Alhamdulillah, saya rasa semua calon sudah isytihar harta dan bagi saya ini penting kerana kita perlu bersikap jujur kepada semua.

“Saya harap dengan cara itu ia dapat memberi keyakinan kepada rakyat dan mereka nampak dari mana sumber harta setiap calon PKR ini,” katanya.

Beliau yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Port Dickson bersedia melakukan ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) jika diperlukan bagi setiap calon yang bertanding pada PRU15.

Jelasnya, menjadi peranan semua pihak untuk memastikan negara bebas rasuah sekali gus bagi menjadikan keadaan negara lebih baik.

“Jadi kalau diperlukan buat ujian RBTag untuk semua, saya tiada masalah turut serta. Kerajaan Negeri Sembilan pun telah nyatakan ikrar rasuah di depan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

“Bagi saya tak perlu takut, selagi kita tak terlibat dengan rasuah. Lagi pun jadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin,” katanya.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here