Home Rasuah Busters Perubahan bersih dalam pendidikan

Perubahan bersih dalam pendidikan

0
Perubahan bersih dalam pendidikan

SHAH ALAM – Perubahan yang lebih telus terutama dalam bidang pendidikan amat diperlukan bagi melahirkan generasi berkualiti.

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata, gerakan Rasuah Busters perlu diperluaskan lagi bagi membendung gejala tersebut.

“Gerakan seperti Rasuah Busters sangat bagus kerana sudah sampai masanya kita perlukan perubahan yang bersih, lebih-lebih lagi dalam pendidikan.

“Kita perlu tahu bahawa kita melahirkan generasi. Jadi kita kena pastikan bahawa kita bersih terutama dari segi integriti dan cara bekerja,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Saidatul Nadia berkata lagi, syarat kenaikan bagi pangkat bagi seseorang ahli akademik juga perlu lebih diperhalusi dengan lebih baik.

Menurutnya, syarat tersebut perlu lebih kepada kualiti kerja berbanding dengan penilaian lain supaya tidak disalah gunakan pihak tertentu.

“Sekarang syarat memang sudah ketat. Kami punya syarat, bukan setakat penerbitan tetapi banyak syarat lain. Sebab itu ada orang boleh salah guna. Saya rasa perlu lebih beri perhatian kepada kualiti kerja,” katanya.

Bagi pelajar pula katanya, kaedah pembelajaran secara praktikal akan memberi pendedahan yang lebih berkesan berbanding kaedah teori iaitu di dalam kelas.

“Pelajar sekarang berbeza dengan dahulu, kita kena menggunakan pendekatan yang berlainan. Kalau kita cakap sahaja, mereka tidak akan dengar dan membuat tindakan. Jadi saya lebih suka gunakan pendekatan pembelajaran secara praktikal,” katanya.

Saidatul Nadia berkata, pelajar perlu didedahkan dengan cara kerja yang bersih melalui kelab kokurikulum di universiti.

Tambahnya, aktiviti yang dilakukan pelajar juga boleh dikaitkan dengan integriti bagi menghasilkan generasi berkualiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here