Home Rasuah Busters Pendirian agama, kepercayaan dalaman individu penentu

Pendirian agama, kepercayaan dalaman individu penentu

0
Pendirian agama, kepercayaan dalaman individu penentu

SHAH ALAM – Pendirian agama dan kepercayaan dalaman seseorang individu adalah penentu seseorang itu sama ada terjebak dalam amalan rasuah atau tidak.

Pengasas dan Pengerusi Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), Dr KJ John berkata, penglibatan dalam rasuah termasuk menentang perlakuan itu terletak pada pilihan sendiri berdasarkan kepercayaan yang dibentuk secara dalaman termasuk aspek agama yang diterapkan menerusi institusi kekeluargaan.

“Contohnya, nilai kekeluargaan saya dalam agama Kristian dibentuk dari kecil. Saya diajar tindak tanduk yang betul dan salah. Namun ia hanya sebagai garis panduan kerana akhirnya kita sendiri yang memilih sama ada mahu mengamalkan rasuah atau tidak.

“Keyakinan dalaman perlu kuat. Jadi kita tidak akan ikut sahaja tindakan orang lain termasuk pengambilan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Siri Wacana Dasar IMPUMA bertajuk ‘Agama dan Rasuah’ anjuran Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya menerusi aplikasi zoom pada Isnin.

Forum yang dikendalikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha itu turut menampilkan Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Profesor Sains Politik Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN) Politeknik STIA LAN Jakarta, Profesor Dr Nurliah Nurdin sebagai panelis.

Mengulas lanjut, Dr KJ turut menyentuh mengenai hubungan tingkah laku individu dengan persekitaran mereka berdasarkan kajian oleh Profesor Kurt Lewis dari Amerika Syarikat.

“Tingkah laku seseorang juga boleh bergantung pada adat dan budaya di sesuatu kawasan sama ada dipengaruhi keluarga atau masyarakat sekeliling.

“Contohnya, jika semua orang di sekitar mengamalkan rasuah, tidak mustahil seseorang individu itu juga akan terjebak dengan perbuatan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here