Home Rasuah Busters Manfaatkan 'pembuli siber' untuk naikkan nama

Manfaatkan 'pembuli siber' untuk naikkan nama

0
Manfaatkan 'pembuli siber' untuk naikkan nama
Khir Rahman

SHAH ALAM – Menjadikan kecaman netizen sebagai satu strategi menaikkan nama adalah realiti yang turut berlaku apabila wujudnya pembuli-pembuli siber.

Pengarah dan pelakon, Khir Rahman berkata, individu yang mahu menaikkan nama dengan cara tersebut tidak peduli dengan hal yang mengundang kecaman.

“Seperti sudah jadi strategi, ada yang buat sesuatu perkara untuk dapat kecaman, selepas itu dia akan diperkatakan kemudian nama akan naik. Dia memang buat untuk mendapat perhatian.

“Sebab itu, bila ada orang yang membabi buta membuat tindakan membuli siber dan sebagainya, ada orang yang akan menggunakan puak ini (pembuli siber). Dia tahu, bila dia buat sesuatu (yang mengundang kecaman) pembuli-pembuli ini akan sampai (serang),” katanya ketika menjadi panelis Program Kompas Rasuah Busters yang membincangkan topik 'Buli siber jadi barah' disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Program dikendalikan oleh Zaim Zaini itu turut menampilkan peguam, Muhammad Amin Abdullah dan pempengaruh media sosial, Zack Kirana sebagai panelis.

Dalam pada itu, Khir berkata, apa yang lebih membimbangkan dalam isu buli siber adalah tindakan buli secara halus melalui komen-komen biasa misalnya berkaitan fizikal.

“Mereka ini tidak bersifat pembuli tetapi hanya komen tentang sesuatu yang dia rasakan tidak kena. Contohnya komen tentang berat badan seseorang. Ini dibimbangi akan beri tekanan dan impak secara senyap kepada tuan punya badan disebabkan rasa rendah diri dan sebagainya,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here