Home Rasuah Busters Kalah pertarungan diri punca hilang pertimbangan

Kalah pertarungan diri punca hilang pertimbangan

0
Kalah pertarungan diri punca hilang pertimbangan

SHAH ALAM – Kekalahan dalam pertarungan moraliti diri menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan cenderung memilih rasuah berbanding agama mereka.

Pemimpin Gereja Methodist Tamil, Bishop Dr Dennis Raj berkata, cabaran tersebut antara punca berlaku rasuah sama ada agamawan, ahli politik atau ilmuan.

“Saya rasa mereka sudah kalah dalam pertarungan jiwa mereka. Maknanya perlukah saya ambil (rasuah) untuk diri saya atau perlukah agama saya digunakan?

“Atau setiap tindakan yang saya buat adalah untuk kebaikan orang lain?

“Jadi dilema itu antara ‘saya nak ambil (rasuah) ke’ atau ‘saya nak lepas?’ Tapi mereka kalah jadi mereka ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk Rasuah: Sanggup Tunggang Agama yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at Malaysia (Murshid) dan pendakwah Malaysia, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim; Setiausaha Agung Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Eow Shiang Yen manakala Nurhayati Nordin bertindak selaku moderator.

Mengulas lanjut, Dennis berkata, punca lain ialah lupa bahawa setiap harta yang mereka peroleh tidak akan kekal selamanya.

“Jadi saya rasa, sama ada agamawan atau lain-lain, mereka lupa segala apa yang mereka kutip dari mana-mana tempat, suatu masa semua itu perlu dilepaskan.

“Mereka lupa dengan segala apa yang mereka ambil secara haram itu, tidak akan ikut mereka. Ambil secara halal ia akan melekat,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here