Home Rasuah Busters Budaya rasuah dalam kalangan belia meruncing

Budaya rasuah dalam kalangan belia meruncing

Budaya rasuah dalam kalangan belia meruncing

SHAH ALAM – Pembudayaan rasuah dalam kalangan belia sangat meruncing terutama pimpinan organisasi sama ada di peringkat tertinggi sehingga ke peringkat bawahan.

Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Muhammad NurSyahmi Shaare berkata, ada di antara belia dan mahasiswa yang mula membiasakan diri dengan sekecil-kecil amalan rasuah.

NurSyahmi berkata, pihaknya perlu membasmi najis rasuah di semua peringkat sama ada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Dalam pada itu, Gamis akan memfokuskan kepada penerapan nilai dan pemahaman tentang isu najis rasuah dalam komuniti masyarakat kampus khususnya mahasiswa.

“Kempen di peringkat universiti perlu diperluaskan dengan kerjasama persatuan mahasiswa Islam di Kampus dengan mewujudkan wacana bebas rasuah.

“Kempen tersebut akan menjadi titik permulaan dalam menyedarkan mahasiswa yang mempercayai bahawa amalan rasuah dibolehkan dan fahaman tersebut perlu ditolak keras,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Gamis menyambut baik usaha sama Gabungan Belia Rasuah Busters dalam melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memerangi rasuah dalam kalangan belia.

Usaha tersebut merupakan satu solidariti daripada semua NGO daripada kalangan anak muda dalam membanteras agenda rasuah.

Pada 27 Februari, Majlis Belia Malaysia dan Sinar Harian melancarkan sebuah Gabungan Belia Rasuah Busters sebagai sebuah kerjasama untuk menjayakan kempen Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan pada 16 Januari lalu.

Gabungan Belia Rasuah Busters merupakan satu gerakan bebas melibatkan lebih daripada 67 kumpulan belia di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: MBM, Sinar Harian lancar kerjasama Gabungan Belia Rasuah Busters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here