Home Orang Asli Bateq Melawan Covid-19

Orang Asli Bateq Melawan Covid-19

[vc_custom_heading text=”Orang Asli Bateq Melawan Covid-19″ font_container=”tag:h1|font_size:60|text_align:left|color:%23ffffff|line_height:55px” use_theme_fonts=”yes” css_animation=”bounceIn” el_class=”uk-title”]

Laporan Oleh: Zamri Rambli, Nurul Riduan Nor Ashaha Dan Liza Mokhtar. Video: Unit Teknikal Sinar Harian. Foto: Md Adib Md Yunos

Hanya terdapat 1,648 orang asli suku Bateq bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Tragedi demam campak tahun lalu yang mengorban 14 nyawa orang asli Bateq di Gua Musang, Kelantan memberi trauma luar biasa kepada etnik ini.

Apabila Covid-19 melanda dunia dan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang asli Bateq kembali menghidupkan amalan nenek moyang mereka dengan kembali ke dalam hutan bagi mengelakkan penularan virus.

SINAR HARIAN menjejaki kisah unik orang asli Bateq melawan Covid-19 di dua perkampungan di Kampung Aring 5 dan Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

[vc_custom_heading text=”Kampung Orang Asli Bateq Aring 5″ font_container=”tag:h1|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”]

Kampung orang asli Bateq Aring 5 mempunyai 400 penghuni. Terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang. Hampir 100 peratus penduduk asli di Aring 5 beragama Islam.

Penduduk asli di Aring 5 sudah terdedah dengan modenisasi apabila memiliki kemudahan air, elektrik, surau, sekolah khas.

Raina Anjang merupakan Tok Penghulu kepada penduduk orang asli Bateq di Aring 5.

Selain sumber hutan dan mengusahakan tanaman getah hasil inisiatif Jabatan Kemajuan Orang Asli, sebahagian kecil penduduk di sini juga bekerja di ladang sawit berdekatan.

[vc_custom_heading text=”Kampung Orang Asli Kuala Koh” font_container=”tag:h1|font_size:50|text_align:center|color:%23ffffff” use_theme_fonts=”yes”]

Kampung orang asli Bateq Kuala Koh mempunyai hanya kira-kira 200 penghuni.

Terletak lebih jauh ke kawasan pedalaman, jarak perjalanan dari Aring 5 ke Kuala Koh mengambil masa hampir sejam.

Penduduk di sini agak ketinggalan dari segi kemudahan dan modenisasi disebabkan oleh kedudukan goegrafi kampung yang jauh di pedalaman.

Rata-rata penduduk masih bergantung penuh kepada hasil hutan sebagai mata pencarian.

Orang asli Bateq juga diberi gelaran sebagai Penjaga Hutan. Mereka hidup secara nomad di persekitaran Banjaran Tahan, namun mula ditempatkan di perkampungan tetap oleh kerajaan sejak hampir 30 tahun lalu.

Gua Musang merupakan sebuah bandar di selatan Kelantan. Ia menjadi nadi kehidupan lebih 100,000 penduduk di daerah itu.

Pertengahan tahun 2019, Malaysia digemparkan dengan tragedi kematian misteri di kampung orang asli Bateq Kuala Koh.

Seramai 14 orang asli Bateq meninggal dunia secara bersiri dalam tempoh satu bulan selepas mengalami simptom demam panas dan pedih tekak.

Bimbang dengan kematian misteri itu, seluruh penduduk Kuala Koh meninggalkan kampung dan masuk ke hutan. Setiap kali berlaku kematian, mereka akan mengikut amalan nenek mayat moyang dengan meletakkan mayat di atas pokok dan berpindah ke lokasi lain.

Penderitaan mereka dibongkar wartawan Sinar Harian Kelantan menerusi siri laporan khas pada tahun lalu. Ekoran laporan itu orang asli Bateq dirawat di hospital dan kematian misteri itu disahkan berpunca daripada wabak campak.

[vc_images_carousel images=”4202,4205″ img_size=”full” autoplay=”yes” hide_pagination_control=”yes” wrap=”yes”]

Antara isu utama yang mencengkam orang asli Bateq termasuklah pembalakan, perlombongan, air bersih dan isu kesihatan.

Perlombongan manganese beberapa tahun dikatakan telah mencemari sungai di Kampung orang asli Kuala Koh. Walaupun pencemaran itu bukan penyebab kepada kematian misteri orang asli Bateq, namun kerajaan sejak hujung tahun lalu telah membina sistem air terawat dari bawah tanah.

Selain itu, masalah penyakit kulit pelik masih menghantui kanak-kanak orang asli bateq. Walaupun semakin berkurangan mungkin disebabkan penggunaan air yang makin bersih, namun kunjungan Sinar Harian masih menemui anak-anak kecil yang menderita penyakit itu.

[vc_custom_heading text=”Covid-19 bawa Bateq ke hutan” font_container=”tag:h2|font_size:50|text_align:left” use_theme_fonts=”yes” el_class=”uk-title”]
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara penularan Covid-19 menimbulkan ketakutan dan trauma kepada orang asli Bateq.

Memasuki hari ketiga PKP, Tok Penghulu Raina, 50, dan penduduk kampung di Aring 5 dan Kuala Koh mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung dan berpindah tujuh kilometer ke dalam kawasan hutan.

Penduduk risau virus Covid-19 ini akan menyebabkan kematian di kalangan penduduk sama seperti kejadian demam campak tahun lalu. Jika demam campak hanya melibatkan penduduk di Kampung Orang Asli Kuala Koh tetapi Covid-19 ini melibatkan satu dunia.

Keduanya penduduk serabut memikirkan andai mereka melanggar perintah PKP terutamanya anak-anak yang sukar untuk dikawal. Jadi untuk ketenangan dan menjamin keselamatan semua, saya mengarahkan mereka berpindah ke dalam hutan buat sementara waktu,” katanya.

[vc_custom_heading text=”Sekampung hidup dua bulan di hutan” font_container=”tag:h2|font_size:50|text_align:center|color:%23000000″ use_theme_fonts=”yes” el_class=”uk-title”]

Lebih 400 orang dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk tinggal di kawasan berbeza, Perjalanan mengambil masa lebih satu jam dengan melalui kawasan ladang sawit, hutan dan sungai.

Penduduk kampung akan mencari lokasi perpindahan sementara berdekatan sungai untuk kemudahan sumber air bersih dan menangkap ikan.

Sebaik sampai kaum lelaki akan membersihkan kawasan dan membina beberapa jenis pondok. Kaum wanita pula akan menangkap ikan dan memasak air.

“Kadang-kadang ada juga jumpa gajah dan beruang di dalam hutan. Tetapi kami cuba elak kacau haiwan buas supaya tidak menyerang penduduk kampung,” ujar seorang penduduk kampung, Azeli Mamok. 27.

Zulkifli Samad, 28, yang mempunyai tiga orang anak berkata, ketika perpindahan itu dia mempelajari pelbagai perkara untuk hidup di dalam hutan terutamanya melibatkan proses mencari makanan.

Tidak semua tumbuhan boleh dijadikan sumber makanan. Begitu juga dengan buluh yang dijadikan sebagai peralatan memasak nasi dan lauk-lauk. Silap guna buluh, kami semua akan keracunan.

Jadi perpindahan ketika Covid-19 ini mengajar kami semua erti sebenar kehidupan nenek moyang. Saya akan pastikan budaya ini kekal untuk selamanya,” katanya.

Selepas lebih sebulan di dalam hutan, menurut Raina, kesemua penduduk kembali semula ke perkampungan semasa pelaksanaan siri kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 12 Mei hingga 9 Jun.

Kesemua penduduk kampung pulang ke perkampungan, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri,” tambah Raina.

Orang asli Bateq kaya dengan ada budaya sendiri. Salah satu daripadanya ialah lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan sehingga kini.

Tiga lagu klasik orang asli Bateq yang bertajuk Oh Besen, Ulam Betawir dan Angkut-Angkut menjadi siulan penghuni alam bentara yang terletak tujuh kilometer dari perkampungan asal.

Faizal Anjang, 39, yang merupakan penyanyi bagi kumpulan tarian tradisional Sarijam Tanjung berkata, tiga lagu berkenaan merupakan lagu yang berkisarkan tentang aktiviti harian yang dilakukan oleh penduduk kampung.

Oh Besen merupakan lagu yang berkisarkan tentang memanggil seorang penduduk bernama Besen yang memasuki hutan supaya pulang ke rumah.

Ulam Betawir pula berkisarkan tentang ulam-ulaman manakala Angkut-angkut pula merupakan aktiviti mengangkat barangan.

Biasanya lagu-lagu ini dimainkan ketika sambutan pesta bunga atau keramaian seperti sewang. Lagu itu juga diiringi dengan tarian, kata Faizal.

[vc_custom_heading text=”Survival Orang Asli Bateq” use_theme_fonts=”yes” el_class=”uk-title”]

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Amran Ariffin beliau sendiri terkejut tetapi pada masa sama kagum dengan tindakan orang asli Bateq melaksanakan PKP di dalam hutan mengelakkan Covid-10.

Kini masyarakat orang asli Bateq telah kembali menjalani kehidupan di kampung dan ramai yang telah kembali bekerja.

Kita bersama-sama Jakoa akan memastikan orang asli menjalani kehidupan normal dalam meneruskan survival dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

Gelombang pembangunan perlu kita berikan sedikit demi sikit kepada orang asli ini. Paling penting anak-anak kecil perlu ke sekolah kerana dengan pendidikan orang asli bateq dapat menyertai gelombang pembangunan dan membawa perubahan kepada kampung mereka,” kata Amran.

[vc_custom_heading text=”Sains dan amalan tradisional bateq” use_theme_fonts=”yes” el_class=”uk-title”]

Bagi masyarakat orang asli suku Bateq, perpindahan ke dalam hutan sewaktu berlaku penularan penyakit termasuk Covid-19 baru-baru ini merupakan adat resam nenek moyang mereka sejak dahulu.

Namun bagi pakar virologi daripada Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, adat resam itu adalah selari dengan kaedah saintifik iaitu penjarakan sosial yang menjadi amalan masyarakat dunia pada hari ini bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti koronavirus.

“Kita tidak boleh pisahkan adat dan sains. Budaya dan adat resam itu sebenarnya dibentuk oleh sesuatu yang berlaku dalam masyarakat mereka secara berulang-ulang. Mereka sebelum ini, jika melihat ada sesuatu wabak berlaku dan jika meninggalkan tempat yang berlakunya wabak itu, secara tidak langsung wabak itu akan berhenti dan apabila mereka kembali semula, wabak itu sudah tiada,” kata Sazaly.

[vc_custom_heading text=”Kenapa bateq perlu dilindungi?” font_container=”tag:h2|text_align:center|color:%23191919″ use_theme_fonts=”yes” css_animation=”slideInDown” el_class=”uk-title” css=”.vc_custom_1603712886465{margin-top: 50px !important;padding-top: 50px !important;}”]
Walaupun terdapat lebih 198,000 orang asli dari pelbagai suku kaum di Malaysia, namun hanya terdapat kira-kira 1,648 orang Bateq di negara ini.