Home belanjawan2021 KWSP sedang perhalusi kemudahan pengeluaran akaun satu

KWSP sedang perhalusi kemudahan pengeluaran akaun satu

0
KWSP sedang perhalusi kemudahan pengeluaran akaun satu

[#item_custom_image_url]

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran akaun satu yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan kaji benarkan pencarum keluar akaun satu KWSP: PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here