Home Koronavirus WHO pantau varian baharu Covid-19 Mu

WHO pantau varian baharu Covid-19 Mu

0
WHO pantau varian baharu Covid-19 Mu

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyatakan ia sedang memantau satu varian baharu Covid-19 dikenali dengan nama Mu yang pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari lalu.

Mu yang dikenal pasti dengan nama saintifiknya iaitu B.1.621 diklasifikasikan sebagai varian yang diambil berat oleh pertubuhan kesihatan global itu.

WHO menyatakan demikian dalam buletin Covid-19 yang dikeluarkan pada setiap minggu.

Ia menyatakan varian itu mampu kebal vaksin dan menekankan kajian perlu dilakukan untuk memahami Mu dengan lebih terperinci.

Setakat ini terdapat kebimbangan tentang kemunculan virus baharu Covid-19 yang boleh bermutasi ketika jangkitan Covid-19 meningkat di seluruh dunia sekali lagi dengan varian Delta mendominasi penyebarannya dalam masyarakat dunia.

WHO sebelum ini mengenal pasti varian-varian Covid-19 seperti Alpha, Delta, Beta, Lamda dan Gamma.

Selepas dikesan di Colombia, Mu dilaporkan tersebar di negara-negara Amerika Selatan dan Eropah. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here