Home Koronavirus Warga emas ada komorbid boleh ambil dos penggalak kedua

Warga emas ada komorbid boleh ambil dos penggalak kedua

Warga emas ada komorbid boleh ambil dos penggalak kedua

KUALA LUMPUR – Warga emas yang mempunyai komorbid berisiko tinggi diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dos penggalak kedua itu boleh diberikan dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

“Keputusan ini dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian-kajian santifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetis berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius dan kematian dalam Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here