Home Koronavirus Varian baharu Covid-19, Pakistan larang kemasukan pelancong dari India

Varian baharu Covid-19, Pakistan larang kemasukan pelancong dari India

0
Varian baharu Covid-19, Pakistan larang kemasukan pelancong dari India

KARACHI – Pakistan pada Isnin menyekat kedatangan pelancong India selama dua minggu berikutan penularan varian baharu virus Covid-19, lapor Agensi Andolu.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Pusat Gerakan dan Operasi Nasional (NCOC), sebuah badan yang mengawasi strategi anti-virus negara diterajui Menteri Perancangan Asad Umar, kata pusat itu dalam satu kenyataan.

“Mesyuarat telah memutuskan India disenaraikan sebagai negara Kategori C selama dua minggu. Akan ada larangan masuk kepada penumpang yang datang dari India melalui laluan udara dan darat,” kata kenyataan itu.

Pelancong dari negara Kategori C tidak dibenarkan masuk ke Pakistan, manakala warga Pakistan perlu mendapatkan kebenaran, menurut protokol keselamatan NCOC.

Menurut kenyataan itu, anggota mesyuarat diberi penjelasan mengenai penularan varian baharu Covid-19 India- varian “double-mutant” – yang dianggap penyebab kepada lonjakan jangkitan baru-baru ini.

India mencatat kenaikan harian melebihi 273,000 kes dalam tempoh 24 jam, menyebabkan kerajaan New Delhi pada Isnin mengumumkan sekatan pergerakan selama seminggu.

Setakat ini India melaporkan lebih 15 juta kes positif dan 178,769 kematian.

Pakistan pula mencatatkan 761,437 kes dan korban seramai 16,316 orang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here