Home Koronavirus Vaksin Covid-19 dijangka tiba di Sabah jam 12.30 tengah hari Khamis

Vaksin Covid-19 dijangka tiba di Sabah jam 12.30 tengah hari Khamis

0
Vaksin Covid-19 dijangka tiba di Sabah jam 12.30 tengah hari Khamis

KOTA KINABALU – Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dijangka tiba di Sabah jam 12.30 tengah hari pada Khamis.

Bekalan vaksin itu dijadual tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Menurut sumber, ketibaan vaksin itu akan disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Isnin lalu dalam kenyataan media Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Sabah akan menerima bekalan pertama vaksin itu pada Khamis.

Hajiji turut memaklumkan beliau sendiri akan menyambut ketibaan vaksin itu di KKIA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here